Kekayaan
bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda
memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
Kegembiraan
ibarat semburan pewangi, apabila kita memakainya semua akan dapat merasa
keharumannya. Oleh itu, berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki
itu kepada teman anda.
Jadikan
dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti
pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
Orang yang
berperibadi kuat umpama besi waja. Semakin dibakar oleh keadaan, semakin
dititik oleh cabaran dan dugaan, dan semakin teguh dan waja untuk menghadapi
hidup.
Usah melukakan hati yang terluka, jangan
tambah hati yang sakit dengan kebencian, kerana hati yang terluka umpama besi
yang bengkok walau diketuk sukar kembali ke bentuk asalnya.