Pages

Monday, December 25, 2017

BAGAIMANA MENGIKIS TABIAT DAN PEMIKIRAN NEGATIF?



1. Jangan memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.
2. Jangan memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.
3. Jangan cepat melihat yang buruk dalam apa sahaja situasi, benda, atau perkara.
4. Jangan muda atau suka komen, mengutuk, mengkritik, dan hentam belakang.

Monday, November 20, 2017

“KEMPUNAN” DALAM MASYARAKAT MELAYU LAMA



“Jamahlah sedikit, nanti kempunan pulak  ..”
a. Kita sering diingatkan oleh ibu bapa supaya menjamah makanan sebelum keluar rumah supaya tidak kempunan. Ibubapa zaman dahulu sanggup mengambil sekepal nasi dari periuk dan memberikannya kepada anak yang sedang memakai kasut tergesa-gesa kerana sudah lambat ke tempat kerja atau ke sekolah. Selalunya anak itu akan mengambil nasi sekepal itu dan memakannya di hadapan ibu atau bapa untuk membuktikan padanya, nasi itu sudah dijamah. Anak itu akan melihat senyuman pada wajah ibu atau bapanya, seolah-olah beliau sudah menyelamatkan anak daripada musibah berakibatkan kempunan.
b. Apakah sebenarnya pengertian kempunan? Kempunan adalah konsep menjamah makanan yang terhidang biarpun sedikit. Bagi masyarakat Melayu lama, selera seseorang tidak boleh dibuat main kerana jika dibiarkan makanan itu tidak tersentuh walaupun hati ingin merasainya, pasti akan berlaku malapetaka yang boleh mengakibatkan kematian.
c. Selalunya apabila kita bertandang ke rumah orang Melayu, pasti ada hidangan kuih dan air. Paling sedikit pun, air segelas, kerana memang adat orang Melayu melayan tetamu dengan baik. Sekiranya kita tak menyentuh hidangan yang disuakan, pasti tuan rumah akan berkecil hati. Supaya tidak menyinggung perasaan tuan rumah, kita terpaksa menjamah sedikit, supaya tidak kempunan. Orang Melayu percaya, walaupun kita sebagai tetamu belum berselera untuk menjamah hidangan, secara tidak sedar, hati sudah berkata-kata tentang makanan yang terhidang. Makanan itu harus dijamah supaya kita tidak akan teringat tentang makanan itu apabila pulang. Tindakan menjamah makanan adalah untuk mengelak terjadinya kempunan.

Sunday, October 15, 2017

JAUHI FITNAH


Saudara,

Fitnah rosakkan 3 golongan manusia: Orang mengucapkan, mendengar dan yang difitnahkan.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Monday, October 9, 2017

PILIH EMOSI POSITIF



Dalam hidup kita ini, kita ada 2 pilihan. Baik atau buruk, hitam atau putih, positif atau negatif. Pilihlah satu dan kekal di dalamnya. Begitu juga dengan emosi. Pilihlah emosi positif untuk dimasukkan sebagai emosi dominan dalam perasaan kita supaya emosi positif itu dapat mempengaruhi sikap kita. Emosi itu merubah tindakan kita menjadi tindakan positif. Akhirnya akan membuat kita mencapai pencapaian positif atau pencapaian yang cemerlang.

Monday, September 25, 2017

FALSAFAH KEJAYAAN


“RAJIN ADALAH PENAWAR YANG PALING MUJARAB. 
MALAS ADALAH RACUN YANG PALING BERBISA.” 
– Imam Ghazali



Menurut Dr. Shukri Abdullah dalam bukunya berjudul “Prinsip dan Falsafah Kejayaan”, beliau menegaskan: “Orang yang rajin berusaha, yang tidak ada pun boleh diadakan. Yang kecil boleh dibesarkan, yang sedikit boleh dibanyakkan, dan yang jauh boleh didekatkan.
Berdasarkan kata-kata hikmat daripada Imam Ghazali, beliau memberi penekanan bahawa asalkan seseorang itu benar-benar berkehendakkan sesuatu, dia akan berikhtiar dan mencari pelbagai jalan untuk mendapatkannya, walupun tanpa bantuan dan sokongan orang lain.”

Monday, August 28, 2017

MOTIVASI UNTUK PELAJAR



1. SABAR bererti ‘tahan menghadapi kesakitan, penderitaan atau kepayahan dalam pembelajaran untuk peperiksaan’. Sabar juga bererti ‘tidak terburu-buru, sebaliknya berada dalam keadaan ketenangan sepanjang waktu pembelajaran dan ulang kaji’.

2. TEKUN bererti ‘dengan rajin dan usaha, dan bersungguh-sungguh (serius) untuk belajar demi kecemerlangan dalam peperiksaan’. Tekun juga bererti ‘tabah hati atau keras hati semasa mengulang kaji semua subjek dan topik demi mencapai kejayaan yang diharapkan dalam peperiksaan tahun ini’.

Saturday, July 22, 2017

JANGAN TERLALU MENGHARAPKAN ORANG



Manusia selalunya berkata dia berani membuat itu dan ini dan sanggup melaksanakan rancangan. Tetapi hanya dalam percakapan sahaja. Yang betul-betul berani tidak ramai. Orang yang selalu bercakap besar, itulah yang kurang berani. Jangan bergantung harap kepada orang lain. Bila tiba bahaya atau masalah dengan tiba-tiba, dia akan lebih mementingkan dirinya dan melarikan diri. Tinggal anda seorang diri terkapai-kapai.

Saturday, June 17, 2017

KENAPA PERHUBUNGAN CINTA KADANGKALA TIDAK MAMPU BERTAHAN LAMA?



1. Membohong – Ia adalah “pembunuh” utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.
2. Harapan Tinggi – Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

Monday, May 22, 2017

KUASA MATA - MENURUT MASYARAKAT MELAYU LAMA



a. Kassim Selamat dalam filem Ibu Mertuaku menjadi buta kerana asyik menangis mengenangkan isterinya yang kononnya telah meninggal dunia. Benarkah manusia boleh menjadi buta hanya kerana asyik menangis? Bidang saintifik moden telah merumuskan bahawa kesedihan yang mendalam dan mempengaruhi jiwa dapat memberi tekanan pada mata. Mata akan mengalami kelemahan pandangan sedikit demi sedikit sehingga ada yang membawa kepada kehilangan pandangan sama sekali. Kajian ilmiah ini mendapati bahawa keadaan jiwa seseorang boleh memberi kesan kepada mata.
b. Sebenarnya, bagaimana keadaan mata ketika manusia mengalami perasaan takut telah pun diceritakan dalam beberapa surah Al Quran. Sebagai contoh: “Mereka bakhil terhadapmu apabila datang ketakutan (bahaya), kamu lihat mereka itu memandang kepadamu dengan mata yang terbalik-balik seperti orang yang pengsan kerana akan mati…”
(Ayat-Al-Ahzab: Petikan ayat 19)
“Dan Yaakub berpaling daripada mereka (anak-anaknya) seraya berkata, “Aduhai dukacitaku terhadap Yusuf”, dan kedua matanya menjadi putih kerana kesedihan dan dia adalah seorang yang menahan amarahnya (terhadap anak-anaknya)”. (Ayat Yusuf: 84)

Monday, April 3, 2017

TAFSIR MIMPI MENURUT ISLAM



Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertaqwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.
Berikut adalah tafsir mimpi dalam Islam yang berkaitan Peristiwa atau Kejadian:-
1. Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
2. Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat.
3. Bermimpi memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh.

Monday, March 20, 2017

MEMANTAPKAN MOTIVASI DIRI



a. Kadang-kadang kita sering sekali kurang bermotivasi dan oleh itu sukar untuk mengambil tindakan untuk mencapai cita- cita kita. Kurang keyakinan diri boleh menyebabkan seseorang kurang bermotivasi. Apabila seseorang tidak yakin dan percaya dia tidak akan berjaya membuat sesuatu, kemungkinan besar dia akan berfikir kenapa dia hendak berbuat sesuatu itu apabila dia akan kelak gagal juga. Dia akan terus berfikiran negatif lagi apabila dia mengimbas kembali saat-saat dahulu yang dia tidak berjaya. Lama- kelamaan dia akan lebih percaya yang dia seorang yang gagal dan tidak mungkin berjaya.
b. Untuk menyelesaikan masalah ini, kita harus mengamalkan sikap bersyukur atas saat-saat kita berjaya melakukan sesuatu perkara dengan baik dan yang memberi manfaat kepada orang ramai. Kita harus yakin berdasarkan pengalaman itu, kita boleh berjaya dalam apa jua bidang apabila kita berusaha ke arah itu.

Monday, February 6, 2017

BINA YAKIN DIRI UNTUK SURI RUMAH



1. Jangan berasa tertekan ketika menyempurnakan kerja-kerja dalam rumah yang bertimbun dan tidak pernah habis. Teruskan dan bereskan semuanya dengan penuh rasa bertanggungjawab. Jika anda selalu merasa ragu-ragu, itu petanda besar anda kurang yakin dengan diri sendiri.
2. Minta suami menegur anda untuk memperbaiki kualiti diri anda. Suami akan nampak kekurangan diri anda yang mungkin anda tidak nampak. Untuk memperbaiki diri, kritikan serta teguran orang lain, amat perlu. Bila anda sudah ditegur, diamkan diri dan jangan lawan. Teguran, walaupun pedas, baik untuk mengatasi kekurangan diri kita.Kita harus terima teguran, serap dan tukar ia menjadi pencetus perubahan positif. Tidak ada ruginya kalau teguran itu benar bagai dikata. Hanya orang yang ego tebal atau tinggi, tidak sanggup ditegur. Apabila anda berubah, suami nampak perubahan itu, dia akan gembira dan lebih sayang.

Thursday, January 26, 2017

BERKATALAH KETIKA NORMAL




Saudara,

Perkataan yang diucapkan  pada waktu marah, samalah ibarat sampan diserang badai di tengah lautan, ianya tidak boleh diambil pedoman dan pelajaran.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Monday, January 2, 2017

AKIBAT BURUK MEMAKI ORANG



a. Anda dengar orang memaki, anda akan dijangkiti fikiran negatif. Anda memaki, anda akan menjadi orang berfikiran negatif. Jika anda melakukan kedua-duanya, itu petanda anda orang yang berfikiran negatif. Kesannya dalam jangka masa panjang, anda akan suka memandang negatif terhadap sesuatu perkara.
b. Orang yang berfikiran negatif suka memaki-maki. Mereka buat begitu untuk menunjukkan mereka hebat, untuk menunjukkan mereka kuat, supaya sesiapa sahaja takut dengan mereka.
c. Sikap memaki-maki ini menarik kesusahan masuk ke dalam hidup sendiri dan sikap ini susah hendak dibendung. Apabila kesusahan melanda, sikap yang sama akan menarik lebih banyak lagi kesusahan. Selepas itu, kesusahan lain akan muncul untuk menambah lagi kesusahan sedia ada.