a. Balik kampung sebenarnya ada
asasnya dalam Islam. Ia bukan sekadar satu adat atau budaya orang kita sahaja.
Pada prinsipnya, kampung halaman adalah tempat asal seseorang atau tempat yang
dihuni oleh orang tua kita. Ini bermakna balik kampung adalah suatu amalan
untuk kembali kepada asal usul kita sebagai manusia. Dalam bahasa arab istilah
yang digunapakai ialah”usul” iaitu orang yang di atas kita yang terdiri
daripada ibu/ayah, datuk/nenek, moyang, piut sehingga ke atas. Balik kampung
sebenarnya adalah balik semula kepada asal usul kita meskipun mungkin orang tua
sudah tidak ada lagi.
b. Dengan sebab itu juga
Rasulullah s.a.w. membenarkan ziarah kubur sebagai tanda ingatan kita kepada
orang tua dan untuk ingat kepada kematian. Rasulullah juga bersabda yang
bermaksud bahawa doa anak yang soleh/solehah sampai pahalanya kepada si mati
sebagai tanda ingatan seseorang kepada ibu/ayahnya. Sehinggakan perkara ini disepakati
oleh semua ulama.