Pages

Monday, May 22, 2017

KUASA MATA - MENURUT MASYARAKAT MELAYU LAMA



a. Kassim Selamat dalam filem Ibu Mertuaku menjadi buta kerana asyik menangis mengenangkan isterinya yang kononnya telah meninggal dunia. Benarkah manusia boleh menjadi buta hanya kerana asyik menangis? Bidang saintifik moden telah merumuskan bahawa kesedihan yang mendalam dan mempengaruhi jiwa dapat memberi tekanan pada mata. Mata akan mengalami kelemahan pandangan sedikit demi sedikit sehingga ada yang membawa kepada kehilangan pandangan sama sekali. Kajian ilmiah ini mendapati bahawa keadaan jiwa seseorang boleh memberi kesan kepada mata.
b. Sebenarnya, bagaimana keadaan mata ketika manusia mengalami perasaan takut telah pun diceritakan dalam beberapa surah Al Quran. Sebagai contoh: “Mereka bakhil terhadapmu apabila datang ketakutan (bahaya), kamu lihat mereka itu memandang kepadamu dengan mata yang terbalik-balik seperti orang yang pengsan kerana akan mati…”
(Ayat-Al-Ahzab: Petikan ayat 19)
“Dan Yaakub berpaling daripada mereka (anak-anaknya) seraya berkata, “Aduhai dukacitaku terhadap Yusuf”, dan kedua matanya menjadi putih kerana kesedihan dan dia adalah seorang yang menahan amarahnya (terhadap anak-anaknya)”. (Ayat Yusuf: 84)