HUSNUDZON
a. Sesiapa juga yang kita fikirkan, fikirlah yang baik-baik sahaja
tentang dirinya walaupun dia musuh ketat kita atau dia pernah menyakitkan hati
kita. Setiap hari kita akan berjumpa ratusan orang. Ada yang membuat kita
menyampah, ada yang membuat kita suka. Kekadang kita teringat orang-orang dari
masa lalu atau orang yang kita berbual dengan mereka pada minggu lalu.
b. Biasanya, kita akan lebih mengingati perangai mereka yang
menyakitkan hati kita. Hati-hati dengan sikap sebegini sebab ia adalah racun
kepada fikiran positif kita. Sikap begini membuat minda terlatih ke arah
fikiran negatif. Untuk mengubahnya, fikirlah hanya yang baik-baik tentang
sesiapa sahaja walaupun kita tidak begitu gemar sikap atau tabiatnya.
c. Lebih banyak kita berfikiran baik-baik pada seseorang, lebih
banyak kita ditemukan dengan situasi yang baik-baik, bahkan kita sendiri akan
rasa seolah-olah kita ini bertuah sebab asyik jumpa situasi yang baik-baik
belaka.