Jangan malu mendengar
pendapat walaupun dari orang yang kononnya rendah darjat atau pangkat.
Sebaliknya malulah jika bertegas kononnya kita ini semuanya betul.
Hidup adalah gabungan
antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang.
Malangnya bagi mereka yang mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima
penderitaan.
Pendita Zaaba pernah
berkata berharap pada anak, buta mata sebelah, berharap pada orang lain buta
kedua-dua mata, oleh ituberusahalah
sendiri dan kurangkan pergantungan kepada orang lain.
Orang yang berhati suci
adalah orang yang banyak menangis daripada ketawa. Oleh itu didiklah hati
dengan keikhlasan dan kesucian agar liku-liku hidup kita menjadi lebih baik dan
bermakna.
Kalau anda gagal mengelak
daripada membuat kesilapan belajarlah cara memanfaatkan pengalaman yang
diperolehi daripada kesilapan itu, kerana setiap kesilapan mengandungi pelbagai
pengalaman baru yang tidak kita fikirkan.
Berkat terbesar adalah
kesabaran, dengan kesabaran kita akan mendapat kesihatan dan kesejahteraan.
Dengan kesejahteraan kita akan mendapat apa saja yang diinginkan.