a.
Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, “Jika mahu kenal seseorang itu maka
kenalilah kawan-kawannya”. Oleh itu, sekiranya anda memilih kawan yang positif,
bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu
dicapai di masa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan
harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup
anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah
kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah
kejayaan mereka.
b.
Untuk berjaya kita perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya. Belajar
dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk
personaliti di kalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai
personaliti dan karisma yang mengkagumkan. Personaliti dan karisma ini bukannya
semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, anda
juga boleh melakukannya.
