Orang yang berhati suci
adalah orang yang banyak menangis daripada ketawa. Oleh itu didiklah hati
dengan keikhlasan dan kesucian agar liku-liku hidup kita menjadi lebih baik dan
bermakna.
Tidak perlu menjelaskan
siapa diri anda kepada orang yang tidak suka anda, dan tidak perlu memberi
keyakinan kepada orang yang tidak mempercayai anda, yang penting, jelas dan
yakinlah dengan diri anda sendiri.
Kata orang biar mati anak
jangan mati adat, namun jangan sesekali-kali matikan anak, disebabkan menjaga
adat kerana adat boleh dihidupkan semula pada bila-bila masa, berbanding anak
yang telah mati.
Pengorbanan yang kita buat
sepanjang hidup kita, tidak ramai yang sedar tetapi sekali kita membuat
kesilapan, itulah yang akan ingat dan dikenang sepanjang hayat.
Seorang ketua yang marah
anak buahnya secara bersembunyi dia merupakan ketua yang suka menasihat,
sebalik ketua yang menasihat anak buahnya dikhalayak ramai sebenarnya ketua
yang suka menghina.