Pages

Sunday, April 22, 2018

BUANG SIKAP RISAU



Sikap risau boleh menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah. Ia juga memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kadang-kadang rasa takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.



Monday, April 16, 2018

CARA MENGHADAPI PUTUS CINTA



1. Dekatkan diri dengan Allah s.w.t. dan perbanyakkan membaca al-Quran untuk ketenangan jiwa.
2. Lakukan seberapa banyak kerja untuk melupakan perasaan sedih.
3. Keluar bersama kawan-kawan dan lakukan aktiviti tertentu yang bermanfaat.
4. Jangan menyalahkan diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif.
5. Bagi yang berkemampuan, pergi membeli belah bersama keluarga atau kawan kawan.

Monday, April 9, 2018

ADAB BERGURU DALAM MASYARAKAT MELAYU



a. Orang Melayu dahulu begitu menekankan ajaran adab berguru, supaya anak taat dan beradab kepada guru serta orang yang lebih tua daripadanya. Kedudukan seorang guru dianggap mulia sehinggakan ibu bapa pasrah dan rela guru memukul anak mereka, asalkan anak mereka berupaya meraih manfaat ilmu daripada guru.
b. Adab berguru dahulu, semasa permulaan mahu mendapatkan khidmat guru, ibu bapa akan memberi semacam ‘hadiah’ kepada guru sebagai syarat. Sebagai contoh, ada hadiah berbentuk kain atau pakaian dan ada juga yang memberi hadiah Al-Quran dan rotan. Ada juga yang memasakkan pulut kuning dan ayam jantan. Biasanya isi ayam jantan akan dimakan oleh murid di hadapan guru. Rasionalnya, seorang guru dapat ‘membaca’ isi hati, niat dan perilaku bakal muridnya, hanya dengan melihat cara murid itu makan. Ada juga adab berguru dalam perguruan silat yang memberi ‘hadiah’ kepada guru hanya selepas tamat berguru. Apa pun hadiah yang diberikan adalah sebagai syarat menyatakan keikhlasan dan keredhaan ibu bapa yang meletakkan sepenuh kepercayaan kepada guru.
c. Guru adalah orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu. Seorang guru adalah manusia yang berilmu, berfikiran jauh, matang dan menggunakan kepakarannya untuk membimbing orang lain. Perkataan ‘guru’ diambil daripada perkataan Sanskrit. ‘gu’ bererti ‘kegelapan’ dan ‘ru’ pula bererti ‘cahaya’. Justeru tugas guru adalah untuk ‘menerangkan kekaburan’ pelajarnya. Tugas guru sebagai penyuluh jalan yang gelap, haruslah membimbing pelajar yang tidak faham dan tidak tahu, supaya tahu dan faham.