Pages

Friday, February 28, 2020

KETEGUHAN IMAN


Saudara,

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Thursday, February 27, 2020

FIKIRKAN YANG ELOK


Saudara,

Hidup kita akan terasa manis, jika kita fikirkan sedemikian, ia menjadi pahit jika kita fikirkan pahit.



Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Wednesday, February 26, 2020

NASIHAT ORANG BERILMU


Saudara,

Biarlah kita ditampar dengan jari yang bercincin daripada kena jentik dengan tangan yang berkudis.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Tuesday, February 25, 2020

KESERASIAN


Saudara,

Ikan di laut asam di darat dalam kuali bertemu juga, sedarkah anda ikan dan asam sebaik-baiknya jangan diketemukan kerana pertemuan mereka hanyalah untuk kehancuran.



Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Monday, February 24, 2020

TERUSKAN USAHA


Saudara,

Ikhlas bukan bererti kita pasrah menerima tetapi ikhlas adalah kekuatan besar untuk kita terus berusaha agar mendapat yang lebih baik.



Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Sunday, February 23, 2020

CINTA TIDAK BUTA


Saudara,

Cinta itu tidak buta. Sebenarnya, anda masih boleh melihat kekurangan dan keburukannya. Tetapi anda tidak peduli. Kemudian, anda menyesal.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Saturday, February 22, 2020

DIRI BERBAKTI


Saudara,

Jadikanlah diri anda pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan jadi pohon kering tempat sang punggok melepaskan rindu.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Friday, February 21, 2020

JANGAN SOMBONG


Saudara,

Orang yang sombong bagaikan orang yang berdiri di puncak gunung, dia melihat orang lain kecil sebaliknya orang lain juga melihatnya kecil.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Thursday, February 20, 2020

PENDORONG TULIN


Saudara,

Mudah untuk mendapatkan  kawan yang  membuat kita gembira tetapi jauh lebih baik bertemu kawan yang dapat memaksa kita terus berkembang.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Wednesday, February 19, 2020

POHONLAH KEKUATAN


Saudara,

Jangan hanya memohon Allah untuk ringankan beban yang terpaksa anda pikul tetapi mintalah bahu yang kuat, yang dapat memikul beban seberat manapun.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Tuesday, February 18, 2020

SENYUMAN


Saudara,

Terkadang senyuman adalah air mata yang tidak terlihat dan air mata adalah kekuatan terakhir yang kita miliki.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Monday, February 17, 2020

KURANGKAN PERGANTUNGAN


Saudara,

Pendita Zaaba pernah berkata berharap pada anak, buta mata sebelah, berharap pada orang lain buta kedua-dua mata, oleh itu  berusahalah sendiri dan kurangkan pergantungan kepada orang lain.



Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Sunday, February 16, 2020

PERBETULKAN KESILAPAN


Saudara,

Orang yang melakukan kesalahan pertama dan tidak membetulkannya dia pasti akan melakukan kesalahan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Saturday, February 15, 2020

TELITI ADUAN


Saudara,

Jangan dianggap remeh apabila ada air yang tidak penuh berkocak di dalam sebuah bekas kerana walaupun kocakannya kecil, namun boleh merosakkan bekas jika dibiarkan berterusan.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Friday, February 14, 2020

SEBENARNYA MISKIN


Saudara,

Orang yang kerjanya mengumpulkan harta sepanjang hayat kerana takut miskin, maka itulah sebenarnya miskin.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Thursday, February 13, 2020

PATAH HATI


Saudara,

Patah hati itu seperti cermin yang pecah. Lebih melukai jika anda cuba memperbaikinya.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Wednesday, February 12, 2020

SEMANGAT WIRA


Saudara,

Anda tidak perlu berhasrat menjadi wira, kerana wira dilahirkan dari semangat bukan dari mimpi.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Tuesday, February 11, 2020

MANFAATKAN PENGALAMAN


Saudara,

Kalau anda gagal mengelak daripada membuat kesilapan belajarlah cara memanfaatkan pengalaman yang diperolehi daripada kesilapan itu, kerana setiap kesilapan mengandungi pelbagai pengalaman baru yang tidak kita fikirkan.  


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Monday, February 10, 2020

HAKIKAT BERANI


Saudara,

Ramai orang ingin masuk syurga tetapi kenapa ramai pula takut mati.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR



#faritismeth

Sunday, February 9, 2020

IKHLAS BERMAAFAN


Saudara,

Kalau kita bermaaf dengan hati yang ikhlas, lebih baik daripada memendam sejuta rasa yang berbisa.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Saturday, February 8, 2020

BERSABAR DITIMPA MUSIBAH


Saudara,

Apabila anda ditimpa musibah bersabarlah, tuhan sengaja menguji kesabaran anda, yang pasti, ada ganjarannya jika anda bersabar.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Friday, February 7, 2020

KEJUJURAN


Saudara,

Jika seseorang mahu bersama anda, tidak ada yang dapat menghentikan mereka kerana cinta tidak akan mencipta alasan.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Thursday, February 6, 2020

JANGAN SOMBONG




Saudara,

Jangan menyombong diri dengan kepandaian yang anda miliki kerana nisbahnya masih di bawah kebodohan yang anda miliki.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Wednesday, February 5, 2020

HIKMAH DI SEBALIK KEJADIAN


Saudara,

Jangan kesal kalau anda tersesat jalan, sekurang-kurangnya anda menemui tempat baru atau jalan baru dalam pengembaraan anda.



Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Tuesday, February 4, 2020

HINDARI MASALAH


Saudara,

Ada masanya senyum dapat menyelesaikan banyak masalah tetapi kalau anda diam, anda dapat menghindari lebih banyak masalah.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Monday, February 3, 2020

HAK UNTUK BERJAYA


Saudara,

Jangan hina permulaan seseorang kerana kita tidak tahu pengakhirannya.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Sunday, February 2, 2020

KENALPASTI SOLUSI



Saudara,

Jangan pernah kehilangan harapan, terus berusaha, cari solusi, dan jangan sekali-kali menyerah kalah.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

PELUANG SUKSES


Saudara,

Kalau anda gagal dalam pendidikan di sekolah tidak seharusnya menjadi punca kegagalan hidup anda kerana kehidupan selepas era persekolahan membuka lebih banyak peluang untuk sukses.   


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Saturday, February 1, 2020

MEMAAFKAN


Saudara,

Hanya orang yang kuat mampu mengucapkan kata maaf, namun bagi orang yang mampu memaafkan adalah orang yang lebih kuat.



Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth