Pages

Monday, December 8, 2014

SUSAH SEBELUM SENANG



a. Berjalan pada mulanya sukar bagi si anak kecil. Tetapi setelah dilatih dan beberapa kali jatuh, lama-kelamaan dapat juga si comel itu berjalan. Masalah yang sama juga terdapat dalam kehidupan. Oleh itu, apabila kita menghadapi apa jua masalah, bersabar dan berusaha sehinggalah ia dapat diatasi.

b. Pada mulanya semua perkara kelihatan sukar. Tetapi setelah diulang-ulang, akhirnya ia akan kelihatan mudah. Semuanya dapat dilakukan tanpa berfikir panjang. Itulah resam hidup. Apa pun, susah sebelum menjadi senang. Prinsip yang sama boleh kita praktikkan dalam menguasai sesuatu perkara atau tugasan. Walaupun pada peringkat awal kelihatan sukar, namun kita perlu berusaha dan terus berusaha serta banyak membuat latihan. Dengan cara itu, apa yang pada mulanya kelihatan sukar akan menjadi lebih mudah kelak.

Tuesday, December 2, 2014

SALING PEDULI





Saudara,

Selagi kita hanya memikirkan kesenangan diri sendiri tanpa pedulikan kesusahan orang lain, selagi itulah kita belum bertamadun.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth


Wednesday, November 19, 2014

JANGAN MEMBENCI ORANG LAIN


Saudara,

Ada orang yang tidak sedar bahawa dia yang membenci anda sebenarnya hanya membenci dirinya sendiri. Dia membenci anda kerana dia tahu anda adalah lebih baik daripadanya.

Fikir-fikirkanlah.


#faritismeth

Monday, November 10, 2014

BUANGKAN SIKAP RISAU



Ada 2 kesan dari sikap risau. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda untuk mengawal emosi.

Sunday, October 26, 2014

AMALAN HARIAN RINGKAS



Happy Birthday to me; walau apa pun di hati kecil saya, orang yang saya sentiasa ingat pada hari kelahiran saya ialah orang yang melahirkan saya ke dunia ini. Ibu dan bapa, siapalah saya tanpa mereka. Suatu hari nanti, kita semua akan ke sana, semoga kita semua bertemu di sana.

Saya mengajak diri saya untuk terus istiqamah mengamalkan amalan baik ini. Amalan yang ringkas dan padat. 

"Baginda Rasulullah sentiasa mengajarkan kepada ummatnya agar supaya setiap hari membaca 3 kali.

"Radhitu billahi rabba wabil islami deena wabi Muhammadin nabiyyaw wa rasulaa"

Saya redha Allah sebagai Tuhan. Islam sebagai Ugama dan Nabi Muhammad sebagai Nabi dan RasulNya Utusan Allah سبحانه وتعالى


Tuesday, October 21, 2014

KUATKAN SEMANGAT ANDA


a. Orang yang berperibadi kuat umpama besi waja. Semakin dibakar oleh keadaan, semakin dititik oleh cabaran dan dugaan, dan semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup.

b. Orang yang berperibadi lemah laksana tanah, apabila diketuk oleh cabaran hidup dia akan berkecai.

Monday, September 22, 2014

BAGAIMANA UNTUK MELAWAN SIFAT MALAS


1. Berwudhuk – Cara begini mampu menghindarkan diri dari bisikan syaitan yang mengajak anda menjadi malas.

2. Solat di Awal Waktu – Apabila anda mudah bertangguh solat, itu bermakna anda sudah  terkena tempias-tempias malas.

3. Bangun Awal – Apabila anda bangun awal, anda akan rasa segar dan hilang rasa malas.

Saturday, September 13, 2014

PERKUKUHKAN PERSAHABATAN


Saudara,


Manusia yang paling lemah ialah mereka yang tidak tahu mencari teman, namun yang lebih lemah daripada itu orang yang mendapat banyak teman tetapi mensia-siakannya pula.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR

Monday, August 18, 2014

BAGAIMANA KITA BOLEH MENGIKIS TABIAT BURUK?


1. Berperingkat-peringkat – Jika anda menginginkan suatu perubahan, jangan lakukan perubahan itu secara drastik, lakukanlah secara berperingkat-peringkat. Perubahan secara drastik dan mendadak akan membuat anda tertekan. Ini membuatkan anda merasa putus asa dan kembali pada tabiat yang asal.

 2. Beringat Selalu – Jika anda telah ditegur rakan disebabkan tabiat buruk, cuba untuk berubah. Sentiasa beringat untuk tidak melakukan tabiat buruk tersebut pada masa akan datang. Tabiat buruk yang berulang-ulang menyebabkan rakan merasa jemu dan benci pada diri anda.

Monday, July 7, 2014

RAHSIA MEMBACA AL-QURAN




a. Sesetengah orang alim berpendapat bahawa membaca Al-Quran merupakan cara atau method yang paling mujarab untuk memperkuatkan ingatan dan memudahkan hafalan. Bahkan inilah kaedah yang paling utama.  Kata-kata hikmah Arab menegaskan “Tiada sesuatu yang lebih menguatkan ingatan seseorang selain daripada membaca Al-Quran dengan melihat (mashaf Al-Quran).”

b. Beberapa cendiakawan Islam pernah berkata, “Orang yang mengamalkan membaca Al-Quran akan sentiasa sihat akalnya walaupun dia berumur 200 tahun.” Jarang berlaku orang yang konsisten (selalu) membaca Al-Quran pada setiap hari, berpenyakit nyanyuk apabila telah tua, malah mereka tidak perlu memakai cermin mata.”

c. Kesan membaca Al-Quran dari segi kesihatan sungguh besar. Dengan membaca Al-Quran secara automatiknya kita melakukan senaman muka, leher, kerongkong dan fikiran.  Sebaik-baik latihan jasmani untuk kesihatan dan penyembuhan ialah menyanyi.  Al-Quran pun merupakan sejenis ‘nyanyian’ kerana Rasullullah s.a.w. menyuruh umatnya membaca dengan berlagu, atau dengan kata lain ialah dengan menyanyi. Apabila seseorang itu bernyanyi atau berlagu dengan fikiran khusyuk dan penuh perasaan, maka ia akan menjadi perhubungan dan rangsangan dari tempat sebutannya kepada organ-organ dalaman. Ia merupakan sejenis rangsangan yang bagus kepada organ-organ dan membentuk ketenangan kepada berjuta-juta saraf di dalam tubuh.

Monday, June 16, 2014

SIFAT BURUK ORANG MELAYU ZAMAN DAHULU



a. Menurut pandangan Frank Swettenham  dalam karyanya yang terkenal, ” Malay Sketches”, beliau  memberi gambaran tentang orang Melayu di zamannya mengikut perspektif dan pengalaman peribadi beliau mungkin sejak tahun 1871, iaitu kali pertama beliau berada di Tanah Melayu.

b. Dalam membicarakan perihal orang Melayu, Frank Swettenham tidak mengambil sikap populis dengan hanya menceritakan apa yang baik, sebaliknya beliau turut menyingkap sisi gelap masyarakat Melayu pada zaman itu.  Antara tabiat atau sifat buruk orang Melayu adalah seperti berikut:

1. Orang Melayu suka meminjam wang, tetapi liat untuk membayar balik.

2. Orang Melayu suka mengambil tahu hal ehwal jiran tetangga dan mengumpat.

3. Orang Melayu suka mempercayai hal yang karut marut.

Thursday, June 5, 2014

POKOK RENDANG


Saudara,

Jadilah pohon yang rendang supaya insan lain dapat berteduh. Jangan jadi pokok enau yang hanya mementingkan diri sendiri.

Fikir-fikirkanlah.

#faritismeth

Monday, May 19, 2014

KENAPA ADA ORANG SUKA MENGUMPAT?



a. Ingin Melenyapkan Kemarahan – Apabila marahkan seseorang, dilepaskan dengan menceritakan keburukan atau kelemahan orang yang dimarahi atau didendami. Jadi dia mengumpat mengata yang bukan-bukan. Punca di sini ialah kemarahan serta dendam dalam hati.

b. Kemegahan Diri – Dia ingin disifatkan dirinya lebih tinggi martabat, lebih megah, dan lebih mulia dari orang yang diumpati dengan menyebut kejelekan orang tersebut.

c. Dengki – Iri hati melihat orang yang selalu dipuji dan dimuliakan. Jadi dia mencari jalan atau mengambil peluang  atas kelemahan dan keburukan orang tersebut, agar orang itu tidak lagi dipuji atau dimuliakan.

Saturday, May 3, 2014

MANFAATKAN ILMU


Saudara,

Sejahil-jahil manusia adalah mereka yang berilmu tetapi tidak memanfaatkan ilmunya.
Fikir-fikirkanlah.

#faritismeth

Wednesday, April 30, 2014

PEJUANG HEBAT


Saudara,

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Monday, April 28, 2014

ESOK BELUM PASTI


Saudara,

Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Sunday, April 27, 2014

SEMUA MILIK ALLAH


Saudara,

Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

SIAPA SAHABAT ANDA?


Saudara,

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Saturday, April 26, 2014

JANGAN MENURUT EMOSI


Saudara,

Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Friday, April 25, 2014

JANGAN LALAI


Saudara,

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth


Wednesday, April 23, 2014

JANGAN MEREMEHKAN


Saudara,

Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Tuesday, April 22, 2014

BAGAIMANA UNTUK TENANGKAN JIWA KITA?



1. Ingatkan 2 Perkara:-

a. Ingat kebaikan orang kepada kita, supaya kita mencontohinya.

b. Ingat kejahatan kita kepada orang, supaya kita berhenti melakukannya.

2. Lupakan 2 Perkara:-

a. Lupa kebaikan kita kepada orang, supaya kita tidak riak dan ujub diri.

b. Lupa kejahatan orang kepada kita, supaya kita tidak berdendam.

Monday, April 21, 2014

CARILAH ILMU



Saudara,

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Sunday, April 20, 2014

WANGIAN HATI


Saudara,

Kegembiraan ibarat semburan pewangi, apabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu, berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Saturday, April 19, 2014

WASPADA


Saudara,

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Wednesday, April 16, 2014

IKHLAS KETIKA BERKATA


Saudara,

Bercakaplah dengan kata-kata yang manis, tetapi tiada gunanya kita berucap manis, jika setiap kata diucapkan tidak benar-benar ikhlas.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Tuesday, April 15, 2014

KUATKAN SEMANGATKU


Saudara,

Orang yang berperibadi lemah laksana tanah, apabila diketuk oleh cabaran hidup dia akan berkecai.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Sunday, April 13, 2014

INGAT 5 PERKARA


Saudara,

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Saturday, April 12, 2014

BUKTIKAN KATA-KATA


Saudara,

Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Wednesday, April 9, 2014

POHON YANG RENDANG


Saudara,

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Monday, April 7, 2014

PERIBADI WAJA


Saudara,

Orang yang berperibadi kuat umpama besi waja. Semakin dibakar oleh keadaan, semakin dititik oleh cabaran dan dugaan, dan semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Sunday, April 6, 2014

HATI TERLUKA


Saudara,

Usah melukakan hati yang terluka, jangan tambah hati yang sakit dengan kebencian, kerana hati yang terluka umpama besi yang bengkok walau diketuk sukar kembali ke bentuk asalnya.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Saturday, April 5, 2014

JANGAN REMEH PERBUATAN BAIK


Saudara,

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Friday, April 4, 2014

JAGA PERHUBUNGAN


Saudara,

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan?

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Thursday, April 3, 2014

JAUHI RIAK


Saudara,

Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia daripada memberi dengan banyak tetapi diiringi dengan riak.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Wednesday, April 2, 2014

NAMA BAIK


Saudara,

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Tuesday, April 1, 2014

JANGAN MELUKAKAN HATI


Saudara,

Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Wednesday, March 19, 2014

KENAPA ANDA GAGAL DALAM PERCINTAAN



a. Mungkin Allah ‘sengaja’ menemukan anda dengan orang yang salah supaya anda dapat menjadi penilai yang baik.

b. Mungkin Allah sengaja menemukan anda dengan orang yang salah supaya anda sedar bahawa anda hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah s.w.t.

c. Mungkin Allah sengaja menemukan anda dengan orang yang salah supaya anda dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Wednesday, February 12, 2014

BAGAIMANA MEMBINA KEKUATAN KONSENTRASI?


1.       Letak segelas air di hadapan anda. Pejam mata sambil membayangkan kembali di dalam fikiran anda kewujudan gelas itu. Pertahankan bayangan tersebut seberapa lama yang boleh. Jika konsentrasi anda terganggu, buka mata sambil melihat gelas itu dan teruskan kembali konsentrasi. Selain segelas air, anda juga boleh menggunakan benda-benda lain yang terdapat di hadapan anda seperti TV, pasu bunga, jam dan sebagainya.

 2.       Pada waktu malam, tutup lampu di bilik dan pasang sebatang lilin. Duduk pada jarak satu meter dari lilin itu. Konsentrasi pandangan anda pada lilin tersebut selama 10 minit tanpa mengerdipkan mata. Panjangkan tempoh konsentrasi tetapi jangan melebihi dari 30 minit. Pada peringkat permulaan, mata akan berair. Tetapi jangan risau kerana itu adalah fenomena biasa.

Tuesday, January 14, 2014

BIJAK BERKATA-KATA


Saudara,

Seseorang yang bijak berkata-kata akan sentiasa disanjung, sehinggalah kata-katanya didapati penuh dengan pembohongan.

Fikir-fikirlah.

#faritismeth

Sunday, January 5, 2014

TABIAT FIKIRAN NEGATIF DALAM DIRI KITA


1. Jangan memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.

2. Jangan memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.

3. Jangan cepat melihat yang buruk dalam apa sahaja situasi, benda, atau perkara.

4. Jangan mudah atau suka komen, mengutuk, mengkritik, dan hentam belakang.

5. Jangan suka bercerita keburukan orang – ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga. Kita tidak pernah terfikir untuk berasa bersyukur.

6.  Jangan bersikap sukar sangat meminta maaf dan tidak mahu melafazkan kemaafan.

7.  Jangan asyik ingat orang yang pernah berbuat salah pada diri anda.