Pages

Monday, December 3, 2018

JANGAN SEBAR KEBURUKAN


Saudara,

Amatlah besar dosa seseorang yang menghebahkan apa saja yang didengarnya tentang keburukan orang lain oleh itu jangan diamalkan.

Fikir-fikirkanlah.

#faritismeth

Monday, November 26, 2018

UBAH FIKIRAN KITA


a. Kita tidak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tetapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan.
b. Walaupun perkara itu tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
c. Fikir yang baik-baik sahaja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda.
d. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan.

Friday, October 26, 2018

USIA MANUSIA

Saya bersyukur, kedua ibu bapa sentiasa mendoakan kejayaan saya dan besarnya makna kehadiran kita di sini mensyukuri nikmat Allah s.w.t. Moga detik usia yang diberi terus menerus mengingati MU.

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun.Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapamu, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri,” (Surah Al-Nisaa’ : 36)


Saudara,

Tahukah anda, hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang ada menyediakan lampu kerana malam hari akan tiba.

Fikir-fikirkanlah.


#faritismeth

Monday, October 15, 2018

BAGAIMANA HENDAK MENYELESAIKAN MASALAH?



a. Fahami masalah, jangan cari puncanya. Elak untuk berasa sugul atau menganggap anda seorang yang malang. Tidak ada masalah yang kekal. Masalah muncul untuk mematangkan anda, mendewasakan anda, lantas menjadikan anda semakin bijak. Fahami masalah anda, dalam dan luar. Elak mencari puncanya kerana perbuatan sebegitu hanya akan menurunkan motivasi anda. Semakin kita mencari puncanya masalah itu, semakin kita kurang bersemangat untuk menyelesaikannya. Masalah ibarat kita gali terowong. Semakin dalam kita gali terowong, semakin dalam lagi perlu kita gali. Sehinggalah kita tidak nampak jalan keluar dari terowong itu dan bingung bagaimana kita hendak keluar dari terowong.
b. Tanya diri anda cara apa yang anda boleh gunakan untuk menyelesaikan masalah. Tanya diri anda dan terus tanya. Cara ini baik untuk membuat minda separa sedar anda fokus pada penyelesaian masalah.

Monday, September 3, 2018

PETUA UNTUK BERCINTA


1. Janganlah membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum anda berkahwin dengan ‘si dia’.
2. Bercintalah dengannya dengan sekadarnya. Kelak mungkin ‘si dia’ mungkin bukan jodoh untuk anda.
3. Jika ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah diri anda untuk berbahagia, sebelum anda berhak menjadi milik ‘si dia’.

Monday, August 20, 2018

BAGAIMANA UNTUK MENJAGA PERHUBUNGAN DALAM SEBUAH PERSAHABATAN



1 . Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan anda dan sahabat anda saling boleh menerima gurauan. Oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.
2 . Jangan terlalu celupar atau mengkritik. Kita sendiri tidak semestinya baik dan betul.
3 . Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat.
4 . Perkara sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat dan hutangnya jangan ditanya.

Sunday, July 22, 2018

BAGAIMANA UNTUK MEMUJUK ORANG MERAJUK?


Kenapa Merajuk?
Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab:
1. Cemburu. Ini merupakan faktor utama kenapa si dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.
2. Tidak Dapat Apa Yang Diinginkan. Si dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya.
3. Orang Lain Lebih Hebat Dari pada Dia. Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Kadangkala, si dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaannya, dia perlukan anda di samping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.
Bagaimana Nak Pujuk?

Monday, June 11, 2018

ELAKKAN TABIAT MENGUMPAT



Satu tabiat yang langsung tidak baik tetapi paling banyak dilakukan oleh manusia atas muka bumi ini ialah suka mengata orang atau lebih mudah dipanggil mengumpat.
Selalunya orang akan bercakap begini:
1. “Aku bukan nak mengata … tetapi sekadar berpesan pada korang supaya tak terkena sekali dengan dia..”
2. “Aku bukan mengata, tetapi ini cerita benar..”
3. “Aku rasa bersalah nak cakap pasal hal ini, tetapi aku dah tak boleh tahan…”
Pokok pangkalnya mengata jugak namanya. Seperti jugak kita ingin beritahu sesuatu rahsia pada seseorang. “Ini rahsia tau! Jangan beritahu orang lain!” “Rahsia” itu pasti akan sampai ke telinga beberapa orang lain.  Apakah itu rahsia?

Wednesday, May 30, 2018

KEHEBATAN ORANG PANDAI



"Orang yang pandai, jarang sekali ingin menunjuk pandainya. Apatah lagi untuk memandai-mandai."

Fikir-fikirkanlah.

#faritismeth

Tuesday, May 29, 2018

FIKIR ITU PELITA HATI




"Langit berkelikir, bumi bertemberang; Salah-salah fikir menjadi hamba orang."
Jika kita berfikiran menurut hawa nafsu, akhirnya akan membawa kepada kehinaan.

Monday, May 28, 2018

MERAIKAN CITA-CITA

Tahniah ... Farzefreen Emir

"Jika ada orang berkata impian atau cita-cita anda itu terlalu besar, yakinilah bahawa pemikiran mereka adalah terlalu kecil."

Fikir-fikirkanlah.

#faritismeth

Saturday, May 26, 2018

YOUNGER GENERATION OPINIONS


A. Acknowledge the younger generation and their opinions.

B. Give advice, not criticisms. Remind them that yesterday's wisdom still applies today.

C. They are the future and will take the world in their direction.

Mull it over.

Friday, May 25, 2018

CHOICE



"Sometimes, the right thing for you is the wrong thing for someone else."

Chew the cud.

Monday, May 7, 2018

BAGAIMANA UNTUK MENJADI SEORANG PENYABAR



1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

Sunday, April 22, 2018

BUANG SIKAP RISAU



Sikap risau boleh menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah. Ia juga memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kadang-kadang rasa takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.



Monday, April 16, 2018

CARA MENGHADAPI PUTUS CINTA



1. Dekatkan diri dengan Allah s.w.t. dan perbanyakkan membaca al-Quran untuk ketenangan jiwa.
2. Lakukan seberapa banyak kerja untuk melupakan perasaan sedih.
3. Keluar bersama kawan-kawan dan lakukan aktiviti tertentu yang bermanfaat.
4. Jangan menyalahkan diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif.
5. Bagi yang berkemampuan, pergi membeli belah bersama keluarga atau kawan kawan.

Monday, April 9, 2018

ADAB BERGURU DALAM MASYARAKAT MELAYU



a. Orang Melayu dahulu begitu menekankan ajaran adab berguru, supaya anak taat dan beradab kepada guru serta orang yang lebih tua daripadanya. Kedudukan seorang guru dianggap mulia sehinggakan ibu bapa pasrah dan rela guru memukul anak mereka, asalkan anak mereka berupaya meraih manfaat ilmu daripada guru.
b. Adab berguru dahulu, semasa permulaan mahu mendapatkan khidmat guru, ibu bapa akan memberi semacam ‘hadiah’ kepada guru sebagai syarat. Sebagai contoh, ada hadiah berbentuk kain atau pakaian dan ada juga yang memberi hadiah Al-Quran dan rotan. Ada juga yang memasakkan pulut kuning dan ayam jantan. Biasanya isi ayam jantan akan dimakan oleh murid di hadapan guru. Rasionalnya, seorang guru dapat ‘membaca’ isi hati, niat dan perilaku bakal muridnya, hanya dengan melihat cara murid itu makan. Ada juga adab berguru dalam perguruan silat yang memberi ‘hadiah’ kepada guru hanya selepas tamat berguru. Apa pun hadiah yang diberikan adalah sebagai syarat menyatakan keikhlasan dan keredhaan ibu bapa yang meletakkan sepenuh kepercayaan kepada guru.
c. Guru adalah orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu. Seorang guru adalah manusia yang berilmu, berfikiran jauh, matang dan menggunakan kepakarannya untuk membimbing orang lain. Perkataan ‘guru’ diambil daripada perkataan Sanskrit. ‘gu’ bererti ‘kegelapan’ dan ‘ru’ pula bererti ‘cahaya’. Justeru tugas guru adalah untuk ‘menerangkan kekaburan’ pelajarnya. Tugas guru sebagai penyuluh jalan yang gelap, haruslah membimbing pelajar yang tidak faham dan tidak tahu, supaya tahu dan faham.

Monday, March 19, 2018

BAGAIMANA UNTUK MELAWAN KERAGUAN?



Bina keberanian. Beranikan diri. Latih diri anda untuk berani. Berani yang anda perlukan bukan berani yang tidak tahu takut, bukan berani tetapi kurang bijak. Berani cara bijak iaitu berani gagal melakukan setelah tahu risiko-risiko yang akan dihadapi nanti. Beranikan diri dalam banyak aspek. Berani membuat sesuatu yang baharu, berani bertanya, berani mengutarakan pendapat, berani mengubah hidup. Kawal keraguan hari ini.  Apabila sudah mahir, anda boleh mengawal kehidupan anda di masa akan datang.

Monday, February 12, 2018

KENAPA ANDA PERLU ADA MATLAMAT DALAM HIDUP?



Sebabnya, anda mesti memajukan diri. Anda mesti capai tahap baharu. Anda mesti capai tahap yang lebih baik, supaya anda berkembang menjadi orang cemerlang, bukan orang tidak cemerlang. Anda pasti mahu berjaya dalam hidup, keluar dari kepompong lama. Setiap orang mahu menjadi orang berjaya, senang dan dikenali ramai. Begitu juga diri anda.
Tanya pada diri anda:
1. Apa tujuan hidupku?
2. Untuk apa aku lahir ke dunia ini?
3. Apa peranan aku?
Apabila anda sudah nampak hala tuju anda dalam hidup, anda sudah ada visi matlamat, iaitu sesuatu yang mahu anda capai. Visi ialah apa yang anda ingincapai di masa depan, apa yang anda mahu ada di masa depan. Ada orang nampak dirinya di masa depan sebagai guru, jurutera, penulis buku, ustaz, peniaga berjaya, arkitek, doktor mahupun peguam.

Monday, January 1, 2018

CARA DAN GAYA KITA BERJALAN



a. Anda boleh lihat tahap keyakinan diri seseorang dengan melihat pada gaya jalannya. Jika anda sedang berusaha untuk membina keyakinan diri, mulakan dengan mengubah gaya anda berjalan. Orang yang ada keyakinan diri berjalan dengan tenang, postur badan yang tegak, bukan langkah yang luas, langkah laju dan teratur. Laju berjalan tidak semestinya berjalan kelam-kabut tetapi jalan yang neutral – tidak terlalu lambat, tidak terlalu laju.
b. Pada peringkat permulaan,anda perlu mengubah gaya anda berjalan, Mungkin anda akan terasa sedikit kekok. Cuba lihat gaya orang-orang berjawatan besar berjalan, gaya seorang pemimpin berjalan dan gaya seorang ketua berjalan. Anda akan perasan gaya jalan mereka hampir serupa, iaitu neutral, bukan langkah yang luas dan postur badan berada pada kedudukan tegak, tidak membongkok dan tidak terlalu mendada. Ikut langkah begitu dan amalkan selalu. Berjalanlah dengan bukaan langkah yang besar dan mata anda tegak memandang ke depan.
c. Anda akan mula rasa selesa dengan gaya berjalan yang begitu, lantas membuat anda berasa yakin. Tidak ada lagi perasaan gugup atau gusar.