Berkat terbesar adalah
kesabaran, dengan kesabaran kita akan mendapat kesihatan dan kesejahteraan.
Dengan kesejahteraan kita akan mendapat apa saja yang diinginkan.
Demi sebuah kejayaan yang berkekalan anda bukan hanya perlukan bakat atau kemampuan menyelesaikan masalah tetapi yang paling penting anda perlukan disiplin yang tinggi.
Hidup adalah gabungan
antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang.
Malangnya bagi mereka yang mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima
penderitaan.
Ikan di laut asam di darat
dalam kuali bertemu juga, sedarkah anda ikan dan asam sebaik-baiknya jangan
diketemukan kerana pertemuan mereka hanyalah untuk kehancuran.
Pendita Zaaba pernah
berkata berharap pada anak, buta mata sebelah, berharap pada orang lain buta
kedua-dua mata, oleh ituberusahalah
sendiri dan kurangkan pergantungan kepada orang lain.
Jangan dianggap remeh
apabila ada air yang tidak penuh berkocak di dalam sebuah bekas kerana walaupun
kocakannya kecil, namun boleh merosakkan bekas jika dibiarkan berterusan.
Kalau anda gagal mengelak
daripada membuat kesilapan belajarlah cara memanfaatkan pengalaman yang
diperolehi daripada kesilapan itu, kerana setiap kesilapan mengandungi pelbagai
pengalaman baru yang tidak kita fikirkan.
Kalau anda gagal dalam
pendidikan di sekolah tidak seharusnya menjadi punca kegagalan hidup anda kerana
kehidupan selepas era persekolahan membuka lebih banyak peluang untuk sukses.
Orang yang berhati suci
adalah orang yang banyak menangis daripada ketawa. Oleh itu didiklah hati
dengan keikhlasan dan kesucian agar liku-liku hidup kita menjadi lebih baik dan
bermakna.
Tidak perlu menjelaskan
siapa diri anda kepada orang yang tidak suka anda, dan tidak perlu memberi
keyakinan kepada orang yang tidak mempercayai anda, yang penting, jelas dan
yakinlah dengan diri anda sendiri.