Ada orang datang ke pejabat
dengan perasaan penuh gembira dan ceria. Ada yang datang dengan perasaan
‘biasa’, dan ada datang dengan perasaan serba tak kena. Ingatlah, sesiapa yang
datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ sahaja, hasilnya adalah ‘biasa’ sahaja.
Sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa
ataupun luar biasa. Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang
luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu
akan mendapat keberkatan.
Monday, December 21, 2015
Monday, November 9, 2015
KENAPA SUKA BERTANGGUH?
a.
Kita tidak boleh lawan malas tetapi kita boleh latih diri kita sendiri untuk
menjadi rajin. Jika kita lawan sikap malas, kita akan semakin terdorong untuk
jadi malas bahkan kita akan bertambah-tambah jadi malas hingga kita suka
bertangguh.
b.
Cari sesuatu yang boleh dikerjakan dan kita buat. Orang yang malas adalah orang
yang tidak ada matlamat dalam hidup. Itu samalah dengan tidak ada senarai
apa yang harus dibuat. Kita akan mula dapat mengawal sikap bertangguh ini
apabila kita anggap apa yang kita buat itu perkara yang penting.
c.
Kita perlu buat sekarang atau menulisnya di “PERINGATAN”, supaya kita mudah
ingat nanti. Kuncinya ialah anggap perkara itu penting, letak sebagai
PERINGATAN DIRI”. Sekarang kita sudah ada ‘senarai’ sendiri. Itu
maknanya, kita melatih diri sendiri jadi orang bermatlamat yang dapat melatih
diri kita mengawal dan mengikis sikap suka bertangguh.
Monday, October 12, 2015
BERKAWAN DENGAN ORANG YANG BERJAYA
a.
Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, “Jika mahu kenal seseorang itu maka
kenalilah kawan-kawannya”. Oleh itu, sekiranya anda memilih kawan yang positif,
bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu
dicapai di masa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan
harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup
anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah
kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah
kejayaan mereka.
b.
Untuk berjaya kita perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya. Belajar
dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk
personaliti di kalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai
personaliti dan karisma yang mengkagumkan. Personaliti dan karisma ini bukannya
semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, anda
juga boleh melakukannya.
إن شاء الله
Monday, September 7, 2015
SIKAP BERSANGKA BAIK
HUSNUDZON
a. Sesiapa juga yang kita fikirkan, fikirlah yang baik-baik sahaja
tentang dirinya walaupun dia musuh ketat kita atau dia pernah menyakitkan hati
kita. Setiap hari kita akan berjumpa ratusan orang. Ada yang membuat kita
menyampah, ada yang membuat kita suka. Kekadang kita teringat orang-orang dari
masa lalu atau orang yang kita berbual dengan mereka pada minggu lalu.
b. Biasanya, kita akan lebih mengingati perangai mereka yang
menyakitkan hati kita. Hati-hati dengan sikap sebegini sebab ia adalah racun
kepada fikiran positif kita. Sikap begini membuat minda terlatih ke arah
fikiran negatif. Untuk mengubahnya, fikirlah hanya yang baik-baik tentang
sesiapa sahaja walaupun kita tidak begitu gemar sikap atau tabiatnya.
c. Lebih banyak kita berfikiran baik-baik pada seseorang, lebih
banyak kita ditemukan dengan situasi yang baik-baik, bahkan kita sendiri akan
rasa seolah-olah kita ini bertuah sebab asyik jumpa situasi yang baik-baik
belaka.
Monday, August 10, 2015
BUANGKAN PERASAAN BENCI
1. Bersangka baik pada setiap
perkara yang dilakukan orang lain.
2. Sucikan hati dengan
sentiasa lakukan amalan untuk dekatkan diri pada Tuhan. Banyak sedekah, zikir,
menolong saudara dan sahabat.
3. Percaya bahawa sahabat yang
kita sedang benci itu adalah aset untuk kita suatu hari nanti. Semua orang
sekeliling kita adalah aset untuk kita ketika kita susah.
Wednesday, July 22, 2015
BAGAIMANA UNTUK WAJAH SENTIASA KELIHATAN MUDA?
1. Sentiasalah tersenyum. Senyuman yang dilempar itu secara tidak langsung membuatkan orang sekeliling turut tersenyum kepada anda. Jangan lupa, mereka yang kerap kali muram dan masam muka, amatlah hodoh sekali apabila dipandang.
2. Sentiasa bahagiakan diri. Jangan suka menimbulkan gaduh
dengan orang lain. Banyakkan membantu mereka yang di dalam kesusahan.
“Sesiapa yang bersedia
memenuhi hajat saudaranya, Allah sentiasa bersedia untuk memnuhi hajatnya.”
(Riwayat Ibn Abbas).
إن شاء الل
Monday, June 1, 2015
ORANG YANG SUKA MEMAKI HAMUN
a. Jika anda dengar orang memaki, anda akan dijangkiti fikiran
negatif. Jika anda memaki, anda akan menjadi orang berfikiran negatif. Orang
yang berfikiran negatif suka memaki-maki. Mereka buat begitu untuk menunjukkan
mereka hebat, untuk menunjukkan mereka kuat, supaya sesiapa sahaja takut dengan
mereka.
b. Sikap memaki-maki menarik kesusahan masuk ke dalam hidup
sendiri dan sikap ini susah untuk dibendung. Apabila kesusahan melanda, sikap
yang sama akan menarik lebih banyak lagi kesusahan. Selepas itu kesusahan lain
akan muncul untuk menambah lagi kesusahan sedia ada.
Subscribe to:
Posts (Atom)


