Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting
dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi
sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi
dengan riak.