Pages

Monday, February 17, 2020

KURANGKAN PERGANTUNGAN


Saudara,

Pendita Zaaba pernah berkata berharap pada anak, buta mata sebelah, berharap pada orang lain buta kedua-dua mata, oleh itu  berusahalah sendiri dan kurangkan pergantungan kepada orang lain.



Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Sunday, February 16, 2020

PERBETULKAN KESILAPAN


Saudara,

Orang yang melakukan kesalahan pertama dan tidak membetulkannya dia pasti akan melakukan kesalahan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Saturday, February 15, 2020

TELITI ADUAN


Saudara,

Jangan dianggap remeh apabila ada air yang tidak penuh berkocak di dalam sebuah bekas kerana walaupun kocakannya kecil, namun boleh merosakkan bekas jika dibiarkan berterusan.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Friday, February 14, 2020

SEBENARNYA MISKIN


Saudara,

Orang yang kerjanya mengumpulkan harta sepanjang hayat kerana takut miskin, maka itulah sebenarnya miskin.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Thursday, February 13, 2020

PATAH HATI


Saudara,

Patah hati itu seperti cermin yang pecah. Lebih melukai jika anda cuba memperbaikinya.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Wednesday, February 12, 2020

SEMANGAT WIRA


Saudara,

Anda tidak perlu berhasrat menjadi wira, kerana wira dilahirkan dari semangat bukan dari mimpi.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Tuesday, February 11, 2020

MANFAATKAN PENGALAMAN


Saudara,

Kalau anda gagal mengelak daripada membuat kesilapan belajarlah cara memanfaatkan pengalaman yang diperolehi daripada kesilapan itu, kerana setiap kesilapan mengandungi pelbagai pengalaman baru yang tidak kita fikirkan.  


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth