Pages

Tuesday, February 25, 2020

KESERASIAN


Saudara,

Ikan di laut asam di darat dalam kuali bertemu juga, sedarkah anda ikan dan asam sebaik-baiknya jangan diketemukan kerana pertemuan mereka hanyalah untuk kehancuran.



Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Monday, February 24, 2020

TERUSKAN USAHA


Saudara,

Ikhlas bukan bererti kita pasrah menerima tetapi ikhlas adalah kekuatan besar untuk kita terus berusaha agar mendapat yang lebih baik.



Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Sunday, February 23, 2020

CINTA TIDAK BUTA


Saudara,

Cinta itu tidak buta. Sebenarnya, anda masih boleh melihat kekurangan dan keburukannya. Tetapi anda tidak peduli. Kemudian, anda menyesal.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Saturday, February 22, 2020

DIRI BERBAKTI


Saudara,

Jadikanlah diri anda pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan jadi pohon kering tempat sang punggok melepaskan rindu.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Friday, February 21, 2020

JANGAN SOMBONG


Saudara,

Orang yang sombong bagaikan orang yang berdiri di puncak gunung, dia melihat orang lain kecil sebaliknya orang lain juga melihatnya kecil.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Thursday, February 20, 2020

PENDORONG TULIN


Saudara,

Mudah untuk mendapatkan  kawan yang  membuat kita gembira tetapi jauh lebih baik bertemu kawan yang dapat memaksa kita terus berkembang.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Wednesday, February 19, 2020

POHONLAH KEKUATAN


Saudara,

Jangan hanya memohon Allah untuk ringankan beban yang terpaksa anda pikul tetapi mintalah bahu yang kuat, yang dapat memikul beban seberat manapun.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth