Pages

Friday, February 28, 2020

KETEGUHAN IMAN


Saudara,

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Thursday, February 27, 2020

FIKIRKAN YANG ELOK


Saudara,

Hidup kita akan terasa manis, jika kita fikirkan sedemikian, ia menjadi pahit jika kita fikirkan pahit.



Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Wednesday, February 26, 2020

NASIHAT ORANG BERILMU


Saudara,

Biarlah kita ditampar dengan jari yang bercincin daripada kena jentik dengan tangan yang berkudis.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Tuesday, February 25, 2020

KESERASIAN


Saudara,

Ikan di laut asam di darat dalam kuali bertemu juga, sedarkah anda ikan dan asam sebaik-baiknya jangan diketemukan kerana pertemuan mereka hanyalah untuk kehancuran.



Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Monday, February 24, 2020

TERUSKAN USAHA


Saudara,

Ikhlas bukan bererti kita pasrah menerima tetapi ikhlas adalah kekuatan besar untuk kita terus berusaha agar mendapat yang lebih baik.



Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Sunday, February 23, 2020

CINTA TIDAK BUTA


Saudara,

Cinta itu tidak buta. Sebenarnya, anda masih boleh melihat kekurangan dan keburukannya. Tetapi anda tidak peduli. Kemudian, anda menyesal.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Saturday, February 22, 2020

DIRI BERBAKTI


Saudara,

Jadikanlah diri anda pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan jadi pohon kering tempat sang punggok melepaskan rindu.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth