Pages

Monday, September 2, 2019

BERUSAHALAH SENDIRI


Saudara,

Pendita Zaaba pernah berkata berharap pada anak, buta mata sebelah, berharap pada orang lain buta kedua-dua mata, oleh itu  berusahalah sendiri dan kurangkan pergantungan kepada orang lain.

Fikir-fikirkanlah.

#faritismeth

Monday, August 26, 2019

SUCIKAN HATI KITA


Saudara,

Orang yang berhati suci adalah orang yang banyak menangis daripada ketawa. Oleh itu didiklah hati dengan keikhlasan dan kesucian agar liku-liku hidup kita menjadi lebih baik dan bermakna.

Fikir-fikirkanlah.
#faritismeth

Monday, July 22, 2019

MANFAATKAN KESILAPAN


Saudara,

Kalau anda gagal mengelak daripada membuat kesilapan belajarlah cara memanfaatkan pengalaman yang diperolehi daripada kesilapan itu, kerana setiap kesilapan mengandungi pelbagai pengalaman baru yang tidak kita fikirkan.

Fikir-fikirkanlah.

#faritismeth

Monday, June 3, 2019

JANGAN SOMBONG


Saudara,

Jangan menyombong diri dengan kepandaian yang anda miliki kerana nisbahnya masih di bawah kebodohan yang anda miliki.

Fikir-fikirkanlah.

#faritismeth

Monday, May 27, 2019

IKHLAS TIDAK MENGHARAP BALASAN


Saudara,

Bukanlah kesabaran namanya, kalau masih mempunyai ukuran dan bukanlah keikhlasan namanya, kalau masih mahukan balasan.

Fikir-fikirkanlah.

#faritismeth

Monday, April 8, 2019

INGAT MASA MUDA


Saudara,

Gunakan waktu anda semaksimum mungkin kerana di hari tua anda tidak akan mengatakan seandainya saya masih muda.

Fikir-fikirkanlah.

#faritismeth

Monday, March 18, 2019

BERKAT KESABARAN


Saudara,

Berkat terbesar adalah kesabaran, dengan kesabaran kita akan mendapat kesihatan dan kesejahteraan. Dengan kesejahteraan kita akan mendapat apa saja yang diinginkan.

Fikir-fikirkanlah.

#faritismeth