1. Jangan memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat
dirinya, pencapaiannya dan usahanya.
2. Jangan memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan
kesilapannya sebagai bahan ketawa.
3. Jangan cepat melihat yang buruk dalam apa sahaja situasi,
benda, atau perkara.
4. Jangan mudah atau suka komen, mengutuk, mengkritik, dan hentam
belakang.
5. Jangan suka bercerita keburukan orang – ahli politik, kawan,
kekasih, suami, isteri atau keluarga. Kita tidak pernah terfikir untuk berasa
bersyukur.
6. Jangan bersikap sukar sangat meminta maaf dan tidak mahu
melafazkan kemaafan.
7. Jangan asyik ingat orang yang pernah berbuat salah pada
diri anda.
8. Jangan banyak bercakap untuk menampakkan diri kita tahu
banyak perkara, peka semua berita. Cakapan orang lain tidak penting bagi kita,
kerana mereka hanya tahu sedikit sahaja, tidak setanding diri kita.
9. Jangan suka menyalahkan orang lain setiap kali timbul masalah.
10. Jangan mudah sakit hati melihat orang lebih berjaya dibandingkan
diri anda atau apabila melihat orang lebih lebih maju daripada anda. Itu hati
busuk namanya.
11. Jangan mudah menganggap orang lain menunjuk-nunjuk,
seolah-olah mencabar anda, sedangkan sebenarnya mereka tidak begitu.
12. Bercakap biarlah berlapik, jangan cakap ikut hati atau emosi.
13. Anda mahu orang lain menghormati anda, tetapi sukar
sekali untuk anda menghormati pendapat orang lain.

No comments:
Post a Comment