Pages

Monday, May 19, 2014

KENAPA ADA ORANG SUKA MENGUMPAT?



a. Ingin Melenyapkan Kemarahan – Apabila marahkan seseorang, dilepaskan dengan menceritakan keburukan atau kelemahan orang yang dimarahi atau didendami. Jadi dia mengumpat mengata yang bukan-bukan. Punca di sini ialah kemarahan serta dendam dalam hati.

b. Kemegahan Diri – Dia ingin disifatkan dirinya lebih tinggi martabat, lebih megah, dan lebih mulia dari orang yang diumpati dengan menyebut kejelekan orang tersebut.

c. Dengki – Iri hati melihat orang yang selalu dipuji dan dimuliakan. Jadi dia mencari jalan atau mengambil peluang  atas kelemahan dan keburukan orang tersebut, agar orang itu tidak lagi dipuji atau dimuliakan.


d. Sahaja Suka-Suka – Yang ini lebih teruk. Bergurau senda untuk ketawa-ketawa yang tidak ada menafaatnya iaitu memeriahkan suasana gurau senda dengan menyebut keburukan orang lain dengan tujuan untuk menjadi bahan ketawa. Selalunya dari segi meniru perlakuan orang yang diumpati.

e. Menghina Orang – Iaitu menganggap hina, rendah atau lemah terhadap  orang lain. Ini disebabkan  kerana perasaan angkuh, sifat tinggi diri yang tiada terbatas serta ingin menganggap bodoh kepada yang dicemuh.

Hukum Mengumpat – Mengumpat dengan hati ialah mempunyai sangkaan buruk kepada orang lain. Hukumnya sama haramnya dengan mengata seseorang secara lisan. Namun dikecualikan bagi hanya sekadar lintasan buruk orang lain yang mudah lenyap. Sangkaan buruk yang tidak dibenarkan ialah tanda kecenderungan hati dan dimantapkan dalam perasaan.  Inilah yang dilarang keras, sebagaimana Firman Allah S.W.T.:” Hai orang-orang yang beriman, jauhilah sebahagian besar sangka-sangka itu sebab setengah dari sangka-sangka itu adalah dosa. Oleh itu apabila ada suatu bisikan dalam hati hendak menyangka buruk kepada orang lain, baiklah ditolak sahaja. Dustakanlah ajakan syaitan itu kerana syaitan adalah sefasik-fasik kaum yang fasik.”

Firman Allah S.W.T.:” Hai orang-orang yang beriman, apabila ada seseorang fasik datang padamu dengan membawa suatu berita, maka carilah kenyataannya lebih dahulu (periksalah dengan saksama) supaya kamu tidak sampai mencelakakan suatu kaum dengan tidak diketahui sebenarnya; (Surah Hujurat Ayat 6)

No comments:

Post a Comment