a.
Menurut pandangan Frank Swettenham dalam karyanya yang terkenal, ” Malay
Sketches”, beliau memberi gambaran tentang orang Melayu di zamannya
mengikut perspektif dan pengalaman peribadi beliau mungkin sejak tahun 1871,
iaitu kali pertama beliau berada di Tanah Melayu.
b.
Dalam membicarakan perihal orang Melayu, Frank Swettenham tidak mengambil sikap
populis dengan hanya menceritakan apa yang baik, sebaliknya beliau turut
menyingkap sisi gelap masyarakat Melayu pada zaman itu. Antara tabiat
atau sifat buruk orang Melayu adalah seperti berikut:
1.
Orang Melayu suka meminjam wang, tetapi liat untuk membayar balik.
2.
Orang Melayu suka mengambil tahu hal ehwal jiran tetangga dan mengumpat.
3.
Orang Melayu suka mempercayai hal yang karut marut.
4.
Orang Melayu suka berjudi, bersabung ayam dan perkara yang seumpamanya.
5.
Orang Melayu tidak mudah menerima sebarang perubahan sampai bila-bila.
6.
Orang Melayu adakalanya malas, malah perkara yang rutin juga dilalaikan.
7.
Orang Melayu tidak menghargai masa.
8.
Rumah orang Melayu kadang-kadang dilihat tidak kemas, malah kotor.
9.
Orang Melayu suka berdendam, dan jika dendam itu tidak dapat dibalas pada orang
yang sepatutnya, sesiapa sahaja yang kebetulan berada berhampiran akan menjadi
mangsa, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda.
10.
Orang Melayu suka mengamuk, lebih-lebih lagi wanita.
11.
Walaupun orang Melayu suka berbudi, mereka sebenarnya mengharapkan balasan.
12.
Orang Melayu suka hidup berpuak-puak.
13.
Orang Melayu amat menitik beratkan soal darjat serta keturunan, terutama dalam
soal perkahwinan.
Kesimpulannya:
Sikap buruk ini walaupun tidak sedap dibaca, ianya harus menjadi pengajaran
kerana inilah apa yang dilihat oleh orang luar. Akan tetapi mungkin telah ada
di antara sikap buruk tersebut yang sudah pun terhakis dari masyarakat Melayu
kini. Senarai “buruk” ini harus menjadi pengajaran bagi kita di zaman mutakhir
ini dalam meningkatkan sahsiah kita agar dipandang tinggi, jangan terlalu
dibuai oleh syair dan gurindam akan keindahan bangsa Melayu, tetapi harus tegar
memperbaiki diri apabila ditegur.
واللهأعلمبالصواب

No comments:
Post a Comment