1. Berperingkat-peringkat
– Jika anda menginginkan suatu perubahan, jangan lakukan perubahan itu secara
drastik, lakukanlah secara berperingkat-peringkat. Perubahan secara drastik dan
mendadak akan membuat anda tertekan. Ini membuatkan anda merasa putus asa dan
kembali pada tabiat yang asal.
2.
Beringat Selalu – Jika anda telah ditegur rakan disebabkan tabiat buruk, cuba
untuk berubah. Sentiasa beringat untuk tidak melakukan tabiat buruk tersebut
pada masa akan datang. Tabiat buruk yang berulang-ulang menyebabkan rakan
merasa jemu dan benci pada diri anda.
3.
Mesti Ada Kemahuan dan Niat – Anda ingin berubah tetapi tidak memiliki kemahuan
dan niat yang sungguh-sungguh. Jangan berharap perubahan itu akan berlaku jika
tiada niat untuk berubah. Setiap satu perubahan yang diinginkan memerlukan
kemahuan yang tinggi dan keazaman yang tidak berbelah bahagi.
4.
Selami dan Fahami – Selami dan fahami dahulu tabiat buruk anda. Fikirkan impak
negatif yang bakal anda peroleh jika tabiat buruk itu masih anda praktikkan.
5.
Bersabar – Jangan mudah berputus asa jika anda masih mengulangi tabiat buruk
tersebut. Memang tabiat buruk susah untuk dibuang. Ini kerana, perubahan
melalui tahap dan proses yang panjang. Mungkin anda beringat untuk tidak
melakukannya sekarang. Namun, tanpa disedari anda mengulangi semula tabiat
buruk itu kemudian harinya.
6.
Berdoa – Jika anda merasakan rakan-rakan menjauhkan diri disebabkan tabiat
buruk anda itu, berdoalah memohon pada Tuhan agar tabiat buruk itu dapat anda
buang. Jangan pula berdoa tetapi anda tidak berusaha untuk membuangnya.
Seiringkan doa dengan usaha. Lama-kelamaan tabiat buruk itu dapat dibuang dari
dalam diri anda.
إن شاء الله

No comments:
Post a Comment