Kita tidak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa,
sedih dan murung. Tetapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita
fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya,
cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun perkara atau keadaan
tidak berpihak kepada kita, cari cara bagaimana kita boleh jumpa nilai-nilai
positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik sahaja, kerana ia memberi keuntungan jangka
masa panjang. Rezeki kita murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada
kita. Kita menjadi apa yang kita selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk,
sedangkan kita boleh tarik semua yang baik-baik?
Fikir yang buruk, kita akan dapat yang buruk. Ini hukum alam.
إن شاء الل
No comments:
Post a Comment