a. Tidak semua orang yang berjaya itu memiliki kesempurnaan
sebelum mencapai kejayaan. Ada di antara mereka mengalami kekurangan fizikal
tetapi masih mampu mengukir nama di dalam lipatan sejarah sebagai orang yang
berjaya. Ada di antara para cendekiawan dunia yang buta, tuli dan lumpuh namun
kekurangan ini tidak pernah mematahkan semangat mereka untuk terus berjaya.
Dengan ilmu yang ada mereka terus memberi sumbangan positif kepada masyarakat.
Jelas sekali bahawa mereka tidak pernah merasakan ada kekurangan pada diri
mereka. Malah mereka terus berbakti memenuhi kekurangan orang lain melalui
curahan ilmu pengetahuan.
b. Namun anehnya orang yang sempurna fizikalnya selalu merasakan
dirinya serba kekurangan. Kesannya masa dihabiskan hanya untuk merintih dan
menangisi kekurangan yang dirasakan. Ketahuilah, masalah kesihatan, kewangan,
perhubungan, status dan peribadi diri hanyalah penghalang sementara yang boleh
dirobohkan. Semua itu bukannya pemati jalan hidup ini. Harus kita ingat juga
bahawa ramai orang terkenal yang telah mencapai kejayaan dalam hidup ini tidak
mempunyai pelajaran yang tinggi tetapi masih mampu berbakti kepada orang lain.
Mereka semua telah berjaya kerana mereka menjalani kehidupan ini dengan gigih,
tabah dan optimis. Satu sebab lagi, mereka tidak mengukur kejayaan hidup ini
dengan harta dan kedudukan semata-mata tetapi mengukur kejayaan hidup dengan
ketenangan jiwa serta keredhaannya menerima takdir yang telah diberikan oleh
Allah S.W.T. Terimalah siapa diri kita seadanya. Nescaya ketenangan dan
kebahagiaan itu pasti datang.
إن شاء الل
No comments:
Post a Comment