Cara untuk bertenang adalah dengan
bersabar. Bukan kawal marah, tetapi bersabar. Ketika bersabar, anda menahan
diri supaya bertenang. Ketika menahan marah, anda masih nampak marah
cuma dalam amaun yang ditapis-tapis. Anda masih menampakkan marah di wajah
anda. Ketika bersabar, anda memujuk diri anda supaya bertenang tanpa ada
keinginan mahu menampakkan yang anda sedang marah tetapi ditahan-tahan.
1. Jangan terlalu memikirkan mengenai
masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian
daripada orang lain.
2. Terimalah hakikat bahawa lebih
banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah
keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda
terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
3. Jangan fikir anda harus menunjuk
kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat
memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.
4. Terimalah hakikat betapa sukarnya
untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda
bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.
5. Jangan fikir anda mengetahui benar
apa yang terbaik untuk orang lain.
6. Terimalah hakikat sementara anda
boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan
mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan
ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
7. Jangan memikirkan bahawa kerana
terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar
terhadap anda.
8. Terimalah hakikat bahawa manusia
berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan
anda mendapat hak yang sama itu.
9. Jangan fikirkan mengenai semua
perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.
10. Terimalah keadaan bahawa setiap
orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.
11. Bersimpati terhadap orang lain
akan membantu anda bersifat lebih sabar.
12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang
tidak menentu itu dalam diri seseorang adalah terlalu penting.
13. Terimalah hakikat kadangkala diri
kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu
itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-ubah diri anda
itu.
CARA UNTUK BERTENANG II
CARA UNTUK BERTENANG II
No comments:
Post a Comment