1. Membohong – Ia adalah “pembunuh”
utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus
hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sebuah perhubungan, namun mereka
tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa
hati mereka telah dipermainkan.
2. Harapan Tinggi – Ada pasangan
meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka
bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga
yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan
terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi
dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.
3. Terlalu Memikirkan Perkahwinan –
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis.
Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini
ada, baharulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Teyapi sesetengah
wanita, yang baharu sahaja berkenalan terus mengharap akan ia berakhir dengan
perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja.
Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh berakhir.
4. Mengungkit Hal Yang Lalu –
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas.
Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan,
jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.
5. Berbeza Pendapat – Dalam menjalin
sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai
idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan
sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan
hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh
membantutkan sesebuah perhubungan.
6. Status Yang Tinggi – Ada
sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Namun
ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang
dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.
7. Perkara Yang Menyakitkan Hati –
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah, sanggup
melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi, kalau
inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.
8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak –
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering
memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati
pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan
tidak berlangsung dengan baik.
9. Faktor Kawanan dan Keluarga –
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah
perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh
mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh
terlepas dari tangan anda jika keluarganya tidak menyukai anda.
No comments:
Post a Comment