Pages

Monday, August 28, 2017

MOTIVASI UNTUK PELAJAR



1. SABAR bererti ‘tahan menghadapi kesakitan, penderitaan atau kepayahan dalam pembelajaran untuk peperiksaan’. Sabar juga bererti ‘tidak terburu-buru, sebaliknya berada dalam keadaan ketenangan sepanjang waktu pembelajaran dan ulang kaji’.

2. TEKUN bererti ‘dengan rajin dan usaha, dan bersungguh-sungguh (serius) untuk belajar demi kecemerlangan dalam peperiksaan’. Tekun juga bererti ‘tabah hati atau keras hati semasa mengulang kaji semua subjek dan topik demi mencapai kejayaan yang diharapkan dalam peperiksaan tahun ini’.


3. YAKIN bererti ‘betul-betul percaya akan kemampuan diri untuk mengulang kaji, memaham, mengingat dan mengemukakan jawapan yang terbaik demi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tahun ini’.

4. TAWAKAL bererti ‘berserah kepada TUHAN, atau percaya sepenuh hati kepada TUHAN bahawa anda pasti berjaya, setelah anda semua belajar dengan sabar, dengan tekun dan dengan yakin telah memahami, menguasai dan mengingati kesemua topik, aspek, peta, rajah, radas, jadual, simbol, dan maklumat lain seperlunya.

Kesimpulan: Dengan yang demikian, anda hendaklah sentiasa sabar, tekun, yakin dan tawakal. Jangan hanya berserah kepada Allah s.w.t.  demi kejayaan dalam peperiksaan. Anda mesti berusaha dengan sabar dan tekun terlebih dahulu. Setelah yakin dengan kemampuan diri, baharulah anda bertawakal.


No comments:

Post a Comment