Sebabnya, anda mesti memajukan diri.
Anda mesti capai tahap baharu. Anda mesti capai tahap yang lebih baik, supaya
anda berkembang menjadi orang cemerlang, bukan orang tidak cemerlang. Anda
pasti mahu berjaya dalam hidup, keluar dari kepompong lama. Setiap orang mahu
menjadi orang berjaya, senang dan dikenali ramai. Begitu juga diri anda.
Tanya pada diri anda:
1. Apa tujuan hidupku?
2. Untuk apa aku lahir ke dunia ini?
3. Apa peranan aku?
2. Untuk apa aku lahir ke dunia ini?
3. Apa peranan aku?
Apabila anda sudah nampak hala tuju
anda dalam hidup, anda sudah ada visi matlamat, iaitu sesuatu yang mahu anda
capai. Visi ialah apa yang anda ingincapai di masa depan, apa yang anda mahu
ada di masa depan. Ada orang nampak dirinya di masa depan sebagai guru,
jurutera, penulis buku, ustaz, peniaga berjaya, arkitek, doktor mahupun peguam.
Visi datangnya dari cita-cita anda.
Untuk anda tahu siapa diri anda dan apa peranan anda dalam keluarga serta
masyarakat, anda perlu kenalpasti dulu apa cita-cita anda yang paling utama.
Syaratnya, cita-cita anda tidak boleh asyik berubah-ubah (sekejap itu, sekejap
ini). Sebab, jika cita-cita anda berubah-ubah, kemahuan anda akan berubah-ubah
juga. Kesannya, visi anda berubah-ubah. Anda akan menjadi orang tanpa visi.
Kesannya, anda tidak akan cemerlang dan jauh dari jalan kejayaan.
No comments:
Post a Comment