Kenapa Merajuk?
Sebelum kita mengetahui cara untuk
memujuk, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu
merajuk disebabkan atas beberapa sebab:
1. Cemburu. Ini merupakan faktor
utama kenapa si dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba
mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan
sebagainya.
2. Tidak Dapat Apa Yang Diinginkan.
Si dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya.
3. Orang Lain Lebih Hebat Dari pada
Dia. Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda.
Kadangkala, si dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa
marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaannya, dia perlukan anda di
samping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.
Bagaimana Nak Pujuk?
a. Terangkan Perkara Sebenar. Adalah
lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si dia apa yang
berlaku pada anda dan tanya pada si dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah
dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya
bertanya dan berkata benar, ia dapat mengeratkan perhubungan kerana anda
mengambil berat tentang hal si dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa
anda menyayangi dia..
b. Bertolak-ansur dan Bijak Dalam
Membuat Keputusan. Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna
kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda harus bijak
dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si dia merajuk dan anda tidak
berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya.
Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.
c. Ucapkan Kata-Kata “manis”. Dia
sedang merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia,
“bucuk”, “comot”, “manja” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan
ayat-ayat lain anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan
manis.
d. Nyanyikan Lagu Buatnya. Pernahkah
anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang
mengatakan tidak. Apabila dia mendengar suara buah hatinya menghiburkan
dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di
bibirnya.

No comments:
Post a Comment