1. Janganlah membiarkan kemanisan
bercinta dihirup sebelum anda berkahwin dengan ‘si dia’.
2. Bercintalah dengannya dengan
sekadarnya. Kelak mungkin ‘si dia’ mungkin bukan jodoh untuk anda.
3. Jika ingin berbahagia seumur
hidup, tahanlah diri anda untuk berbahagia, sebelum anda berhak menjadi milik
‘si dia’.
4. Jika anda menyintainya, binalah
asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariatNYA.
5. Kebahagiaan yang anda lihat
sebelum berkahwin hanya palsu. Yang hakikinya adalah selepas anda
diijabkabulkan.
6. Jikalau anda inginkan pasangan
hidup yang terbaik untuk anda, maka andalah yang patut menjadi yang terbaik
dahulu.
7. Membina keserasian sebelum
berkahwin bukanlah dengan cara ber’dating’, cukuplah sekadar anda tahu apa yang
perlu anda tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai
cintaNYA.
9. Jika anda masih belum bercinta,
tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawa anda ke
gerbang perkahwinan.

No comments:
Post a Comment