Janganlah kita asyik mengharapkan orang lain akan berubah. Ubahlah
diri kita sendiri dahulu.
Tatkala kita sedari betapa sukarnya untuk mengubah sikap diri kita
sendiri, baharulah kita ketahui berapa sukarnya juga untuk
kita mengubah sikap orang lain.
Satu kesilapan yang biasa kita lakukan ialah kita tidak mahu
berubah, tetapi kita mengharapkan orang lain berubah.
Oleh itu, ubahlah diri kita sendiri dahulu.
