a. Takut adalah penghalang besar kepada sikap yakin diri. Orang
yang ada sikap yakin diri boleh hilang keyakinan dirinya kerana dia tiba-tiba
takut pada sesuatu atau pada seseorang. Jika cinta adalah emosi positif yang
paling kuat, takut pula ada emosi negatif yang terlalu kuat. Apabila anda
yakin, tetapi dalam masa yang sama ada rasa takut, takut itu akan lebih banyak
menguasai emosi anda.
b. Untuk melawan rasa takut caranya adalah membina keberanian.
Jika kita lawan rasa takut, kita akan rasa berat, payah, susah. Tetapi, apabila
kita melawan rasa takut dengan membina keberanian lalu merelakan rasa
berani menguasai fikiran kita, rasa takut akan pergi dengan sendirinya.
Kebanyakan usahawan berjaya, pelajar dan ibu bapa cemerlang adalah mereka yang
berani. Kalau ingin berjaya, kita mesti berani. Berani ambil risiko atau berani
mendepani kata-kata kurang enak ditujukan pada diri kita.