Pages

Monday, January 5, 2015

JANGAN MENGHARAPKAN ORANG LAIN AKAN BERUBAH


Janganlah kita asyik mengharapkan orang lain akan berubah. Ubahlah diri kita sendiri dahulu.

Tatkala kita sedari betapa sukarnya untuk mengubah sikap diri kita sendiri, baharulah kita ketahui berapa  sukarnya  juga  untuk kita mengubah sikap orang lain.

Satu kesilapan yang biasa kita lakukan ialah kita tidak mahu berubah, tetapi kita mengharapkan orang lain berubah.

Oleh itu, ubahlah diri kita sendiri dahulu.

Monday, December 8, 2014

SUSAH SEBELUM SENANG



a. Berjalan pada mulanya sukar bagi si anak kecil. Tetapi setelah dilatih dan beberapa kali jatuh, lama-kelamaan dapat juga si comel itu berjalan. Masalah yang sama juga terdapat dalam kehidupan. Oleh itu, apabila kita menghadapi apa jua masalah, bersabar dan berusaha sehinggalah ia dapat diatasi.

b. Pada mulanya semua perkara kelihatan sukar. Tetapi setelah diulang-ulang, akhirnya ia akan kelihatan mudah. Semuanya dapat dilakukan tanpa berfikir panjang. Itulah resam hidup. Apa pun, susah sebelum menjadi senang. Prinsip yang sama boleh kita praktikkan dalam menguasai sesuatu perkara atau tugasan. Walaupun pada peringkat awal kelihatan sukar, namun kita perlu berusaha dan terus berusaha serta banyak membuat latihan. Dengan cara itu, apa yang pada mulanya kelihatan sukar akan menjadi lebih mudah kelak.

Tuesday, December 2, 2014

SALING PEDULI





Saudara,

Selagi kita hanya memikirkan kesenangan diri sendiri tanpa pedulikan kesusahan orang lain, selagi itulah kita belum bertamadun.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth


Wednesday, November 19, 2014

JANGAN MEMBENCI ORANG LAIN


Saudara,

Ada orang yang tidak sedar bahawa dia yang membenci anda sebenarnya hanya membenci dirinya sendiri. Dia membenci anda kerana dia tahu anda adalah lebih baik daripadanya.

Fikir-fikirkanlah.


#faritismeth

Monday, November 10, 2014

BUANGKAN SIKAP RISAU



Ada 2 kesan dari sikap risau. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda untuk mengawal emosi.

Sunday, October 26, 2014

AMALAN HARIAN RINGKAS



Happy Birthday to me; walau apa pun di hati kecil saya, orang yang saya sentiasa ingat pada hari kelahiran saya ialah orang yang melahirkan saya ke dunia ini. Ibu dan bapa, siapalah saya tanpa mereka. Suatu hari nanti, kita semua akan ke sana, semoga kita semua bertemu di sana.

Saya mengajak diri saya untuk terus istiqamah mengamalkan amalan baik ini. Amalan yang ringkas dan padat. 

"Baginda Rasulullah sentiasa mengajarkan kepada ummatnya agar supaya setiap hari membaca 3 kali.

"Radhitu billahi rabba wabil islami deena wabi Muhammadin nabiyyaw wa rasulaa"

Saya redha Allah sebagai Tuhan. Islam sebagai Ugama dan Nabi Muhammad sebagai Nabi dan RasulNya Utusan Allah سبحانه وتعالى


Tuesday, October 21, 2014

KUATKAN SEMANGAT ANDA


a. Orang yang berperibadi kuat umpama besi waja. Semakin dibakar oleh keadaan, semakin dititik oleh cabaran dan dugaan, dan semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup.

b. Orang yang berperibadi lemah laksana tanah, apabila diketuk oleh cabaran hidup dia akan berkecai.