1. Letak segelas air di
hadapan anda. Pejam mata sambil membayangkan kembali di dalam fikiran anda
kewujudan gelas itu. Pertahankan bayangan tersebut seberapa lama yang boleh.
Jika konsentrasi anda terganggu, buka mata sambil melihat gelas itu dan
teruskan kembali konsentrasi. Selain segelas air, anda juga boleh menggunakan
benda-benda lain yang terdapat di hadapan anda seperti TV, pasu bunga, jam dan
sebagainya.
2. Pada waktu malam,
tutup lampu di bilik dan pasang sebatang lilin. Duduk pada jarak satu meter
dari lilin itu. Konsentrasi pandangan anda pada lilin tersebut selama 10 minit
tanpa mengerdipkan mata. Panjangkan tempoh konsentrasi tetapi jangan melebihi
dari 30 minit. Pada peringkat permulaan, mata akan berair. Tetapi jangan risau
kerana itu adalah fenomena biasa.
3. Letak jam di hadapan anda.
Pusatkan tumpuan terhadap putaran jarum saatnya selama 2 minit atau lebih.
Apabila fikiran anda menerawang, berhenti sebentar dan mulakan kembali.
4. Solat dengan penuh
konsentrasi dan khusyuk. Hayati setiap makna surah di dalam solat. Lebih baik
dilakukan ketika solat sunat pada sebelah malam kerana fikiran anda pada ketika
itu mudah khusyuk dan segala ibadah yang dilakukan lebih berkesan.
5. Berlatih mencongak sifir
matematik yang mudah di dalam fikiran seperti mencampur, menolak, membahagi dan
mendarab nombor-nombor selama 20 minit pada setiap hari. Buku latihan matematik
sekolah rendah boleh digunakan untuk tujuan ini. Kajian telah berjaya
membuktikan individu yang melakukan amalan ini selama 20 hari berturut-turut
mampu meningkatkan daya tumpuan dan daya konsentrasinya.

No comments:
Post a Comment