a.
Mungkin Allah ‘sengaja’ menemukan anda dengan orang yang salah supaya anda
dapat menjadi penilai yang baik.
b.
Mungkin Allah sengaja menemukan anda dengan orang yang salah supaya anda sedar
bahawa anda hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah
s.w.t.
c.
Mungkin Allah sengaja menemukan anda dengan orang yang salah supaya anda dapat
mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
d.
Mungkin Allah sengaja menemukan anda dengan orang yang salah supaya anda
lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.
e.
Wahai saudara ku yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta,
fahamilah bahawa kehidupan anda suatu hari akan sampai ke penghujungnya. Hari
esok pun anda sendiri tidak pasti samada menjadi milik anda. Gapailah
keredhaan Allah s.w.t. dengan melaksanakan suruhan-NYA dan meninggalkan
laranganNYA.
Percayalah,
sesungguhnya Allah s.w.t. tidak mahu menolak permintaan hamba-NYA yang menadah
tangan, meminta dengan penuh pengharapan hanya kepada-NYA.
Fikir-fikirlah.

No comments:
Post a Comment