1. Semasa kita bangun dari tidur setiap pagi untuk pergi
bekerja, bersihkanlah
hati kita dengan Istighfar.
2. Elak bersangka buruk pagi-pagi sewaktu pintu rezeki terbuka.
Ketika dalam perjalanan, elakkan berfikiran yang buruk-buruk mengenai kerja
anda. Jangan bercakap dan jangan berfikir mengenai apa jugaa keburukan di
tempat kerja anda.
3. Keburukan menarik keburukan. Kebaikan, menarik kebaikan.
Penuhkan fikiran dengan memikir hal-hal baik yang anda nampak pada diri
rakan-rakan sekerja.
4. Jika anda selalu berfikir tentang keburukan di tempat kerja,
fikiran anda akan menarik keburukan lain datang dan muncul dalam hidup anda.
Lama kelamaan anda hilang semangat untuk pergi kerja. Niatkan kerja anda satu
cara untuk anda berbakti. Lebihkan menolong orang, ringankan beban orang sedaya
upaya anda.
5. Berbuat baiklah pada orang lain dengan niat untuk meningkatkan
tahap taqwa, supaya apa yang anda buat di redhai Allah, iaitu berbuat baik
dalam perhubungan sesama manusia agar mendapat perhatian Allah s.w.t.
6. Moga-moga dari situ, rezeki anda murah jadinya sehingga anda beroleh rezeki
dari sumber yang tidak disangka-sangka.
No comments:
Post a Comment