Pages

Monday, May 11, 2015

BAGAIMANA CARA UNTUK BERTENANG?


1. Mulakan dengan niat. Untuk bertenang selalu dan untuk membina ketenangan dalam diri, mulakan dengan niat. Kenapa anda mahu bertenang? Mesti ada sebabnya. Sebagai contoh, anda ingin bertenang mungkin sebab anda ingin mengelak dari stress, mungkin sebab anda ingin melatih diri supaya bertenang selalu atau pun anda ingin merasai ketenangan dalam apa jugaa perkara yang anda lakukan.

2. Longgarkan otot, longgarkan sendi, longgarkan urat kening. Elak dari mengerut kening ketika anda sedang merenung, sedang berfikir atau ketika sedang melihat pada sesuatu, misalnya skrin komputer atau skrin projektor. Jangan biasakan diri anda mengerut kening sebab pergerakan otot kening ketika dikerutkan akan membuat anda tertekan. Hal ini akan menyebabkan minda anda terlalu fokus. Bila sudah terlalu fokus, tidak akan ada ketenangan. Ini disebabkan minda anda dipengaruhi oleh kerisauan dan kekelamkabutan. Sebaiknya, saat membaca sesuatu, merenung atau memikirkan sesuatu, cuba relaks. Bawa diri anda bertenang.


3. Cara untuk bertenang adalah dengan mengawal emosi atau bersabar. Bukan kawal marah, tetapi bersabar. Ketika bersabar, anda menahan diri supaya bertenang. Ketika menahan marah, anda masih nampak marah cuma sedikit. Ketika bersabar, anda memujuk diri anda supaya bertenang tanpa ada keinginan ingin menampakkan yang anda sedang marah tetapi ditahan-tahan. Bina ketenangan dengan melatih diri untuk sentiasa bersabar. Kawal emosi dengan mengamalkan sikap bersabar.

4. Pernafasan. Pernafasan terarah membuat anda berasa tenang. Untuk melatih diri bertenang ketika jiwa anda kacau bilau, tarik nafas melalui hidung, tahan sehingga 3 saat. Kemudian hembus perlahan-lahan melalui hidung juga. Ketika menarik nafas, penuhkan rongga dada dengan udara sehingga tidak termampu, tahan 3 saat, selepas itu hembus perlahan-lahan sehingga tidak ada lagi yang tinggal. Ulangi sebanyak 7 kali untuk impak maksimum. Anda boleh lakukan teknik ini ketika membaca, memasak, memotong sayur, memandu, menaiki bas, ketika dalam lif, ketika dalam mesyuarat atau ketika sedang berbincang dengan seseorang.

5. Sembahyang dapat membina ketenangan. Ketika sembahyang, hati anda, jiwa, fikiran dan minda dapat ditenangkan kerana anda perlu khusyuk. Anda tidak akan dapat merasai kekhusyukan solat jika anda tidak tenang.

No comments:

Post a Comment