Kita tidak boleh merubah situasi yang
boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tetapi, kita boleh merubah fikiran
kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk
manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun
perkara tidak berpihak kepada kita, cari cara bagaimana kita boleh jumpa nilai-nilai
positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik sahaja, kerana ia memberi keuntungan
jangka masa panjang. Rezeki kita murah dan segala yang baik-baik datang sendiri
pada kita. Kita menjadi apa yang kita selalu fikirkan. Buat apa fikir yang
buruk, sedangkan kita boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, kita
akan dapat yang buruk. Ini hukum alam yang dinamakan “Hukum Sebab dan Akibat”.
No comments:
Post a Comment