Peringkat 1: Sahabat Secara Umum – Sahabat yang berada di dalam
satu perjuangan Islam atau di dalam sebuah jemaah Islam yang bercita-cita
menegakkan Islam di dalam kehidupan individu, rumah tangga, masyarakat, negara
dan seterusnya alam sejagat.
Peringkat 2: Sahabat Secara Khusus – Orang
yang bersahabat dengan lebih mendalam, lagi kasih sayang dan ikatan jiwa satu
sama lain. Selain daripada diikat oleh sahabat secara umum, ditambah pula kerana
ada cita-cita bersama menegakkan Islam.
Peringkat 3: Sahabat Yang Dipersaudarakan – Sahabat ini lebih mendalam lagi kerana mereka ada membuat
perjanjian antara satu sama lain. Bersaudara seolah-olah adik-beradik satu
keturunan, dari satu ibu dan ayah. Itulah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah
s.a.w. di kalangan para sahabat.
No comments:
Post a Comment