1. Iri Hati – Iri hati adalah suatu sifat yang
tidak senang akan rezeki dan nikmat yang diperolehi oleh orang lain dan
cenderung berusaha untuk menyainginya. Iri hati yang diperbolehkan dalam ajaran
Islam adalah iri dalam hal berbuat kebajikan, seperti iri untuk menjadi pintar
agar dapat menyebarkan ilmunya di kemudian hari. Atau iri untuk membelanjakan
harta di jalan kebenaran.
2. Dengki – Dengki adalah sikap tidak senang
melihat orang lain bahagia dan berusaha untuk menghilangkan nikmat tersebut.
Sifat ini sangat berbahaya kerana tidak ada orang yang suka dengan orang yang
memiliki sifat seperti ini.
3. Hasut – Hasut adalah suatu sifat yang ingin
selalu berusaha mempengaruhi orang lain agar marah orang tersebut meluap dengan
tujuan dapat memecah-belahkan persatuan dan tali persaudaraan agar timbul
permusuhan dan kebencian antara sesama.
4. Fitnah – Fitnah lebih kejam dari pembunuhan
dan ia suatu kegiatan menjelek-jelekkan, menodai, merosak, menipu, atau
membohongi seseorang agar menimbulkan permusuhan, sehingga dapat berkembang
menjadi tindakan jenayah pada orang lain tanpa bukti yang kuat.
5. Buruk Sangka – Buruk sangka adalah sifat yang
curiga atau menyangka orang lain berbuat buruk tanpa disertai bukti yang jelas.
6. Khianat – Khianat adalah sikap tidak
bertanggungjawab atas amanat atau kepercayaan yang telah dilimpahkan kepadanya.
Khianat biasanya disertai bohong dengan janji. Khianat adalah ciri-ciri orang
munafik. Orang yang telah berkhianat akan dibenci orang di sekitarnya dan
kemungkinan besar tidak akan dipercayai lagi di kemudian hari.
No comments:
Post a Comment