1.
Hormati sesiapa sahaja, kagumi pencapaian orang-orang yang anda kenali dan yang
anda baca melalui buku, majalah atau melalui internet. Sanjungi pencapaian
insan-insan hebat. Gabungan ketiga-tiga sikap ini akan membuat kita
bermotivasi. Jangan pandang orang berdasarkan jawatan, kerja, pangkat, wang dan
harta. Hormatilah sesiapa sahaja. Ini akan menjadikan kita sentiasa
bermotivasi. Kebencian orang pada kita akan menjadi doa, iaitu doa untuk
menjatuhkan kita. Buat baik di balas baik, buat jahat dibalas jahat.
2.
Doakan orang lain supaya berjaya. Bukan menjatuhkannya. Kita perlu bantu orang
lain supaya berjaya, supaya kita juga akan berjaya. Apa yang kita lakukan pada
orang lain, itu jugalah balasan pada diri kita di kemudian hari. Bantu orang
lain untuk berjaya, pandanglah dia sebagai orang ada potensi untuk berjaya.
Doakan kejayaan usahanya setiap kali kita tidur, setiap kali kita bangun.
No comments:
Post a Comment