1. Mulakan dengan niat. Untuk bertenang selalu dan untuk membina ketenangan
dalam diri, mulakan dengan niat. Kenapa anda mahu bertenang? Mesti ada
sebabnya. Sebagai contoh, anda mahu bertenang mungkin sebab anda mahu mengelak
daripada stress, mungkin sebab anda mahu melatih diri supaya bertenang selalu
atau anda mahu merasai ketenangan dalam apa jua perkara yang anda lakukan.
2.
Longgarkan otot, longgarkan sendi, longgarkan urat kening. Elak dari mengerut
kening ketika anda sedang merenung, sedang berfikir atau ketika sedang melihat
pada sesuatu. Misalnya skrin komputer atau skrin projektor. Jangan biasakan
diri mengerut kening sebab pergerakan otot kening ketika dikerutkan akan
membuat anda tertekan. Hal ini akan menyebabkan minda anda terlalu fokus.
Apabila sudah terlalu fokus, tidak akan ada ketenangan sebab minda anda
dipengaruhi oleh kerisauan dan kekelamkabutan. Sebaiknya, ketika membaca
sesuatu, merenung atau memikirkan sesuatu, cuba relaks. Bawa diri bertenang.
CARA UNTUK BERTENANG I
No comments:
Post a Comment