a.
Kadang-kadang kita sering sekali kurang bermotivasi dan oleh itu sukar untuk
mengambil tindakan untuk mencapai cita- cita kita. Kurang keyakinan diri boleh
menyebabkan seseorang kurang bermotivasi. Apabila seseorang tidak yakin dan
percaya dia tidak akan berjaya membuat sesuatu, kemungkinan besar dia akan
berfikir kenapa dia hendak berbuat sesuatu itu apabila dia akan kelak gagal
juga. Dia akan terus berfikiran negatif lagi apabila dia mengimbas kembali
saat-saat dahulu yang dia tidak berjaya. Lama- kelamaan dia akan lebih percaya
yang dia seorang yang gagal dan tidak mungkin berjaya.
b.
Untuk menyelesaikan masalah ini, kita harus mengamalkan sikap bersyukur atas
saat-saat kita berjaya melakukan sesuatu perkara dengan baik dan yang memberi
manfaat kepada orang ramai. Kita harus yakin berdasarkan pengalaman itu, kita
boleh berjaya dalam apa jua bidang apabila kita berusaha ke arah itu.
c.
Kurang fokus merupakan faktor seseorang kurang bermotivasi. Apabila seseorang
tidak ada matlamat hidup, dia akan mendapati bahawa dia sering berfikir tentang
apa yang dia tidak hendaki dan kemungkinan sentiasa berada dalam keadaan
ketakutan. Apabila ini berlarutan, ia boleh menyebabkan seseorang tidak berdaya
untuk menghadapi cabaran hidup.
d.
Untuk mengelakkan masalah ini, kita harus fokus kepada matlamat hidup kita
setiap saat. Berkaitan dengan masalah kurang fokus ialah kekurangan hala
tujuan. Apabila kita tiada fokus, maka kita tiada hala tuju. Oleh itu, adalah
mustahak kita ada hala tuju dalam kehiduapan kita.
No comments:
Post a Comment