Tidak
semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya
mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi
insan yang bertaqwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku. Sedangkan mimpi
insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.
Berikut
adalah tafsir mimpi dalam Islam yang berkaitan Peristiwa atau Kejadian:-
1.
Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
2.
Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa
anda akan diampunkan dunia dan akhirat.
3.
Bermimpi memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah
alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu
berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh.
4.
Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman
bahagia.
5.
Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur’an di rumah anda
alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan
yang dilakukan.
6.
Jika bermimpi membaca qur’an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia
anda.
7.
Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang
yang berpangkat besar.
8.
Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa.
9.
Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di
dunia dan akhirat.
10.
Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan
yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain.
11.
Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu
kebajikan di dunia dan akhirat.
12.
Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda
akan mendapat berita yang gembira.
13.
Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan
segala suruhan Allah Taala.
14.
Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat
keuntungan yang besar.
15.
Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran.
16.
Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan
daripada sebarang kejahatan.
17.
Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat.
18.
Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada
orang.
19.
Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian.
20.
Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan
diakhiri dengan kejayaan.
21.
Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan
daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan.
22.
Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau
kenaikan pangkat.
23.
Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan.
24.
Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh.
25.
Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang
berpengaruh atau berpangkat besar.
26.
Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat
keredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat
keuntungan yang besar.
27.
Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau
terkoyak baju alamat kematiannya.
28.
Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda
diberkati.
29.
Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup.
30.
Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan
sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai.
31.
Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita.
32.
Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita.
33.
Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan
sentosa.
34.
Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda
akan berjaya.
35.
Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
36.
Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan
atau mati.
37.
Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda
akan kehilangan harta.
38.
Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang
besar.
39.
Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan
difitnah.
40.
Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh
kebesaran di dunia dan akhirat.
41.
Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi
kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
42.
Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan
orang jahat.
43.
Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati.
44.
Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan
sempurna.
45.
Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat
menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu.
46.
Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh
menandakan anda akan dipermuliakan orang.
47.
Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan
dengan orang baik
48.
Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya
dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang
beroleh kebesaran di dunia dan akhirat.
49.
Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga.
50.
Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan
mendapat pahala di dunia dan akhirat.
51.
Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu
akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan.
52.
Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu
oleh Allah SWT.
53.
Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan
anda akan mendapat kebajikan.
54.
Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh
isteri, ilmu dan harta yang halal.
55. Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya
anda akan memperolehi kebajikan dengan sempurna.
No comments:
Post a Comment