1. Jangan memandang rendah pada apa
yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.
2. Jangan memperbodohkan orang
semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.
3. Jangan cepat melihat yang buruk
dalam apa sahaja situasi, benda, atau perkara.
4. Jangan muda atau suka komen,
mengutuk, mengkritik, dan hentam belakang.
5. Jangan suka bercerita keburukan
orang – ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga
6. Kita tidak pernah terfikir untuk
berasa bersyukur.
7. Jangan bersikap sukar sangat
meminta maaf dan tidak mahu melafazkan kemaafan.
8. Jangan asyik ingat orang yang
pernah berbuat salah pada diri kita.
9. Jangan banyak bercakap untuk
menampakkan diri kita tahu banyak perkara, peka semua berita. Cakapan orang
lain tidak penting bagi kita, kerana mereka hanya tahu sedikit sahaja, tidak
setanding diri kita.
10. Jangan suka menyalahkan orang
lain setiap kali timbul masalah.
11. Jangan mudah sakit hati melihat
orang lebih berjaya dibandingkan diri anda atau apabila melihat orang lebih
lebih maju daripada kita. Itu hati busuk namanya.
12. Jangan mudah menganggap orang
lain menunjuk-nunjuk, seolah-olah mencabar kita, sedangkan sebenarnya mereka
tidak begitu.
13. Bercakap biarlah berlapik,
jangan cakap ikut hati atau emosi.
14. Kita mahu orang lain menghormati
kita, tetapi sukar sekali untuk kita menghormati pendapat orang lain.
No comments:
Post a Comment