a.
Sesetengah orang alim berpendapat bahawa membaca Al-Quran merupakan cara atau
method yang paling mujarab untuk memperkuatkan ingatan dan memudahkan hafalan.
Bahkan inilah kaedah yang paling utama. Kata-kata hikmah Arab menegaskan
“Tiada sesuatu yang lebih menguatkan ingatan seseorang selain daripada membaca
Al-Quran dengan melihat (mashaf Al-Quran).”
b.
Beberapa cendiakawan Islam pernah berkata, “Orang yang mengamalkan membaca
Al-Quran akan sentiasa sihat akalnya walaupun dia berumur 200 tahun.” Jarang berlaku
orang yang konsisten (selalu) membaca Al-Quran pada setiap hari, berpenyakit
nyanyuk apabila telah tua, malah mereka tidak perlu memakai cermin mata.”
c.
Kesan membaca Al-Quran dari segi kesihatan sungguh besar. Dengan membaca
Al-Quran secara automatiknya kita melakukan senaman muka, leher, kerongkong dan
fikiran. Sebaik-baik latihan jasmani untuk kesihatan dan penyembuhan
ialah menyanyi. Al-Quran pun merupakan sejenis ‘nyanyian’ kerana
Rasullullah s.a.w. menyuruh umatnya membaca dengan berlagu, atau dengan kata
lain ialah dengan menyanyi. Apabila seseorang itu bernyanyi atau berlagu dengan
fikiran khusyuk dan penuh perasaan, maka ia akan menjadi perhubungan dan
rangsangan dari tempat sebutannya kepada organ-organ dalaman. Ia merupakan
sejenis rangsangan yang bagus kepada organ-organ dan membentuk ketenangan
kepada berjuta-juta saraf di dalam tubuh.


