Pages

Monday, February 9, 2015

BAGAIMANA UNTUK MENGATASI KEKECEWAAN?



Kita tidak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tetapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun perkara atau keadaan tidak berpihak kepada kita, cari cara bagaimana kita boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik sahaja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki kita murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada kita. Kita menjadi apa yang kita selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk, sedangkan kita boleh tarik semua yang baik-baik?
Fikir yang buruk, kita akan dapat yang buruk. Ini hukum alam.

إن شاء الل

Sunday, February 1, 2015

PERIBADI AGUNG


Saudara,

1/2/2015
Keagungan peribadi seseorang itu terletak pada kesediaannya memberi ketika beruntung, kesediaan melindung apabila berkuasa.


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth


Monday, January 5, 2015

JANGAN MENGHARAPKAN ORANG LAIN AKAN BERUBAH


Janganlah kita asyik mengharapkan orang lain akan berubah. Ubahlah diri kita sendiri dahulu.

Tatkala kita sedari betapa sukarnya untuk mengubah sikap diri kita sendiri, baharulah kita ketahui berapa  sukarnya  juga  untuk kita mengubah sikap orang lain.

Satu kesilapan yang biasa kita lakukan ialah kita tidak mahu berubah, tetapi kita mengharapkan orang lain berubah.

Oleh itu, ubahlah diri kita sendiri dahulu.

Monday, December 8, 2014

SUSAH SEBELUM SENANG



a. Berjalan pada mulanya sukar bagi si anak kecil. Tetapi setelah dilatih dan beberapa kali jatuh, lama-kelamaan dapat juga si comel itu berjalan. Masalah yang sama juga terdapat dalam kehidupan. Oleh itu, apabila kita menghadapi apa jua masalah, bersabar dan berusaha sehinggalah ia dapat diatasi.

b. Pada mulanya semua perkara kelihatan sukar. Tetapi setelah diulang-ulang, akhirnya ia akan kelihatan mudah. Semuanya dapat dilakukan tanpa berfikir panjang. Itulah resam hidup. Apa pun, susah sebelum menjadi senang. Prinsip yang sama boleh kita praktikkan dalam menguasai sesuatu perkara atau tugasan. Walaupun pada peringkat awal kelihatan sukar, namun kita perlu berusaha dan terus berusaha serta banyak membuat latihan. Dengan cara itu, apa yang pada mulanya kelihatan sukar akan menjadi lebih mudah kelak.

Tuesday, December 2, 2014

SALING PEDULI





Saudara,

Selagi kita hanya memikirkan kesenangan diri sendiri tanpa pedulikan kesusahan orang lain, selagi itulah kita belum bertamadun.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth


Wednesday, November 19, 2014

JANGAN MEMBENCI ORANG LAIN


Saudara,

Ada orang yang tidak sedar bahawa dia yang membenci anda sebenarnya hanya membenci dirinya sendiri. Dia membenci anda kerana dia tahu anda adalah lebih baik daripadanya.

Fikir-fikirkanlah.


#faritismeth

Monday, November 10, 2014

BUANGKAN SIKAP RISAU



Ada 2 kesan dari sikap risau. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda untuk mengawal emosi.