1. Semasa kita bangun dari tidur setiap pagi untuk pergi
bekerja, bersihkanlah
hati kita dengan Istighfar.
2. Elak bersangka buruk pagi-pagi sewaktu pintu rezeki terbuka.
Ketika dalam perjalanan, elakkan berfikiran yang buruk-buruk mengenai kerja
anda. Jangan bercakap dan jangan berfikir mengenai apa jugaa keburukan di
tempat kerja anda.
3. Keburukan menarik keburukan. Kebaikan, menarik kebaikan.
Penuhkan fikiran dengan memikir hal-hal baik yang anda nampak pada diri
rakan-rakan sekerja.