Pages

Monday, June 13, 2016

PILIH EMOSI POSITIF


Dalam hidup ini, kita sentiasa ada 2 pilihan. Baik atau buruk, hitam atau putih, positif atau negatif. Pilihlah satu dan kekal di dalamnya. Begitu juga dengan emosi. Pilihlah emosi positif untuk dimasukkan sebagai emosi dominan dalam perasaan kita supaya emosi positif itu dapat mempengaruhi sikap kita. Emosi itu merubah tindakan kita menjadi tindakan positif. Akhirnya akan membuat kita mencapai pencapaian positif atau pencapaian yang cemerlang.

Monday, May 9, 2016

CARA UNTUK BERTENANG


Cara untuk bertenang adalah dengan bersabar. Bukan kawal marah, tetapi bersabar. Ketika bersabar, anda menahan diri supaya bertenang. Ketika menahan marah, anda masih nampak marah cuma dalam amaun yang ditapis-tapis. Anda masih menampakkan marah di wajah anda. Ketika bersabar, anda memujuk diri anda supaya bertenang tanpa ada keinginan mahu menampakkan yang anda sedang marah tetapi ditahan-tahan.

1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

Thursday, May 5, 2016

JANGAN SEDIH


Saudara,

Jangan berkeluh kesah dan bersedih hati, sebaiknya banyakkan berdoa kepada Allah SWT.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR

#faritismeth

Monday, April 11, 2016

FALSAFAH BALIK KAMPUNG


a. Balik kampung sebenarnya ada asasnya dalam Islam. Ia bukan sekadar satu adat atau budaya orang kita sahaja. Pada prinsipnya, kampung halaman adalah tempat asal seseorang atau tempat yang dihuni oleh orang tua kita. Ini bermakna balik kampung adalah suatu amalan untuk kembali kepada asal usul kita sebagai manusia. Dalam bahasa arab istilah yang digunapakai ialah”usul” iaitu orang yang di atas kita yang terdiri daripada ibu/ayah, datuk/nenek, moyang, piut sehingga ke atas. Balik kampung sebenarnya adalah balik semula kepada asal usul kita meskipun mungkin orang tua sudah tidak ada lagi.

b. Dengan sebab itu juga Rasulullah s.a.w. membenarkan ziarah kubur sebagai tanda ingatan kita kepada orang tua dan untuk ingat kepada kematian. Rasulullah juga bersabda yang bermaksud bahawa doa anak yang soleh/solehah sampai pahalanya kepada si mati sebagai tanda ingatan seseorang kepada ibu/ayahnya. Sehinggakan perkara ini disepakati oleh semua ulama.

Monday, April 4, 2016

BAHANA LIDAH


Saudara,

Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Monday, March 21, 2016

JANGAN TERLAMPAU MENYUKAI. JANGAN TERLALU MEMBENCI.


Jika anda menyukai seseorang, janganlah terlalu menyukai, kelak anda tidak akan nampak apa-apa kekurangan pada dirinya lagi.
Jika anda membenci seseorang, janganlah  terlalu membenci, kelak anda tidak melihat sebarang kebaikan pada dirinya lagi.
Kadang-kadang, manusia menjadi buta tatkala dia terlalu menyukai, terlalu meminati dan terlalu mengagumi.

Saturday, February 6, 2016

KITA PERLU BERFIKIRAN POSITIF



Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus “alpha” iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap Allah s.w.t.